Parti Kita Akan Dikuburkan Oleh Zaid Ibrahim...!!!



Datuk Zaid Ibrahim mahu memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membubarkan parti Kita, yang ditubuhkan lebih setahun lalu selepas beliau keluar PKR.

Zaid berkata, keputusan itu terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun tidak memberitahu bila EGM akan diadakan. Parti itu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR ekoran dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan PKR.

Awal tahun lalu, Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia ditukar namanya kepada Kita atau nama penuhnya Kesejahteraan Insan Tanah Air dengan Zaid dipilih sebagai presiden baru.

Zaid juga berkata, beliau sedar sekarang bahawa penubuhan Kita adalah satu kesilapan.

"Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini.

"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," katanya lagi.

Zaid berkata, ahli dan pemimpin terbabit telah melakukan perbuatan sedemikian secara berterusan, yang menurutnya jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.

Katanya, idea beliau menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal.

"Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam.

"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik," katanya lagi.

Bekas anggota Kabinet kerajaan pusat ini menambah, kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada KAMI.

"Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam Kita, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.

"Peribahasa Melayu ada menyebut, 'jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan'," katanya.
 :- Sinar

3 comments:

Anonymous said...

lepas ada org tu dapat dana yg besar dari society yahudi, ada pulak org nak tumpang sekaki.

nak run the party, tak ada duit. Last last kena gadai parti tu..kalau nak duit, bubar KITA.

Anonymous said...

anak Ibrahim, Anuar , Zaid, Khalid semua ni sebenarnya tak ada perjuangan ..perjuangan bukan untuk menolong rakyat tetapi menggunakan rakyat untuk kepentingan pribadi kerana syaitan2 ni geram dan dendam kesumat dengan Tun Mahathir sahaja kerana Tun Mahathir lah yang menyekat mereka dari merompak duit rakyat dengan banyak lagi
Perjuangan untuk rakyat yg di laungkan oleh si BABI ketua mereka, adalah satu kebetulan sahaja

Anonymous said...

nak masuk PKR balik ke?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive