“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.
“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.
Nasib baik pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.Oleh yang demikian ustaz kesayangan Anwar dan pembantunya yang diugut untuk menerima tawaran lumayan bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu.
Hebat betul siapa yang membuat storyboard kisah penangkapan khalwat ustaz kesayangan Anwar... Bermula dengan pergi umrah..saling berhubungan untuk mengeratkan tali silatulrahim..masalah keluarga, sesi kaunseling, pernah pergi kerumah di rompin, bergaduh suami isteri, ustaz kesayangan Anwar menjadi orang tengah...kebetulan masa ustaz kesayangan Anwar ada di Kuantan mereka bergaduh suami isteri...telefon ustaz nak lari (wanita tu tahu pula ustaz ada di Kuantan, hotel mana dan bilik mana..) datang ke hotel pagi-pagi buta..ustaz kesian dan rasa tanggungjawab cari bilik..suami datang bersama 20 orang gangster, kena pukul dan kurung dalam bilik, pembantu di sogok..bersambung...ooopsss lupa plak...semua ni perancangan UMNO nak jatuhkannya...Banyak betul pelakon yang terlibat...oh lupa pula nak sebut ustaz kesayangan Anwar tu ada saksi semasa dia bersama wanita tersebut...anak wanita tu yang berumur 2 tahun...
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
** Ustaz bercadang nak buat laporan polis pasal kena pukul ke atau pasal pembantu kena ugut untuk terima ganjaran lumayan... Sebelum ni EP pun ada juga beberapa kawan perempuan yang bergaduh teruk dengan suaminya sehingga berlaku aksi pukul memukul tapi mereka lari ke rumah ibubapa mereka atau ke rumah kawan karib mereka..tak la pula cari ustaz pukul 2.30 pagi...sebab mereka pun tahu ustaz yang mereka kenal tengah tiduuurrr dengan isterinya ketika itu melainkan dah plan nak jumpa pukul 2.30 pagi...:- EP
1 comments:
macam sial la melayu macam ni...orang cina pun boleh mengaku bila kena tangkap khalwat...macam sial la! rasa benci gila jadi orang melayu bila jumpa orang melayu yang sial macam ni
Post a Comment