Sesi "Ostaz Badrul Ajak Saya Ke Bilik Untuk Sesi Kaunseling Sulit" - Pengakuan Zatiwani


Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut.

Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi UMNO.

Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

“Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya.

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya

Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai.

“Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes.

“Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.:- AIDC

11 comments:

Anonymous said...

SIMPLE JE MASALAH NI. MINTA PIHAK PENGURUSAN SWISS GARDEN TAYANGKAN VIDEO RAKAMAN CCTV PADA WAKTU DAN HARI KEJADIAN.MESTI BOLEH TAU SIAPA YANG MENIPU. KECUALILAH ADA ORANG NAK CABAR SEBAB VIDEO TU PUN MACAM BESI TAK BOLEH TANYA DIA DAN DIA TAK BOLEH CAKAP!!!!

Anonymous said...

soalannya kenapa kaunseling dalam bilik? kalau ada pun anak yang kecil tu, apa dia tahu? kenapa tak kaunseling di lobi hotel? kenapa mengadu pada Dr. Badrolamin? kan lebih baik mengadu pada polis ke, bapa ke, kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ke...kenapa Dr. Badrolamin tak bawak teman sekali semasa jumpa wanita tersebut utk elak fitnah?kenapa tak buat report polis pasal "kununnya" ada 20 orang belasah dia? kuang...kuang...kuang...

Anonymous said...

Ostat pun kadang2 tersilap langkah..manusia biasa..! apa yg teman tahu ostat dari Sabah ni memang selalu baca doa hancurkan umno..hancurkan PM...hancurkan org tuu orang nie! ceramah nya penuh dgn maki hamun...makan gaji dgn PKR.

Anonymous said...

Ustad ni seorang yang bodoh walaupun ada PHD, kerana boleh masuk " PERANGKAP ? ".Beliau lebih takut pada UMNO dari Tuhan, Sedangkan sudah jelas ungkapan .... JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA... sering di syarahkan oleh para ulamak...Atau ini mencerminkan peribadi keseluruhan Ustad PAS dan PKR...

PR is dead...

badrul iman said...

kenapa mesti bercuti?
bukankah ustat tak bersalah?

jangan lupa..."LAWAN TETAP LAWAN"

BERANI KERANA BENAR....jangan takut ustat.

ustat tak bersalah...ustat tak bersalah...ustat tak bersalah.

aku cadangkan supaya ustat doakan supaya semua yg terlibat tu LUPA akan segala galanya.

bukankah ustat orang yg pandai mendoakan orang?

Anonymous said...

Allah dah pesan, jangan berjalan atas mukabumi dengan perasaan sombong dan bongkak. Mungkin ada hikmah....sedar semua perbuatan dia yang lepas-lepas. Kun faya kun....

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

zgmail said...

dah tengah malam bro...keluarga, sedara mara semua dah tidor...yang belum tidor cuma ostad bagidol sorang je..

Anonymous said...

pukul 3 pagi...bangunla intan...abang mau lagi...senda gurauan...

Anonymous said...

Hai. . hairan sungguh, takkan Ustaz tak tahu yang Islam melarang bukan muhrim berbaik-baik lebih dari hadnya? tambahan pula dengan isteri orang .ustaz pula ajak bertemu didalam bilik hotel. walaupun untuk kaunseling, memang salah dari segi hukum Allah. . mengapa menuding jari pada UMNO? kalau betul nak beri kaunseling, mengapa pilih diwaktu yang boleh menimbulkan syak? mengapa tidak datang kepejabat di siang hari? saya rasa amat pelik memikirkannya.

Anonymous said...

Klu dah tau perangkap , yg kau terpetangkap tu kenapa? Tak ke bodoh bunyinya. Apa ni, ulama kita nak pancung kepala, org yg terang2 taknak islam bersahabat baik? Ulama digelar bapa setan, kita tu sape? Takkan datuk setan pulak kot? Doalah kita supaya semua org islam bersatupadu, jgn doakan keburukan utk sedara seislan walau berbeza fahaman politik. Doa keburukan biarlah kpd golongan kafirun yg memusuhi kita wpun tanpa terang.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive