Apa Makna DAP Membela Orang Melayu Pada Ketika Ini???


Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.

Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.

Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya. Klik Di http://m.youtube.com/#/watch?v=GtkDPvHyVm0

Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.

Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?

Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.

Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.

Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?

Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.

Sejak bila pula DAP bercakap
mengenai isu-isu berkaitan
orang Melayu?

Di mana DAP selama ini apabila
orang Melayu memerlukan
pembelaandalam segenap aspek
kehidupan seperti pendidikan,
ekonomi,kesihatan dan
sebagainya?

Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.

Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.

DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN.

Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu.

DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.

Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.

Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Satu je nak remind orang Melayu klau nak sedar...Lihatlah Singapork. Dulu masa nak memenangi hati Melayu Singapork mcm itulah lunak nya Cina Chauvinis lg kiasu ini dgn Orang Melayu masa pilihanraya. Selepas itu ...sejarah dh membuktikannya. Apajadi Pd Melayu Singapork. PAP=DAP. Dan jangan lupa peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur Kg Baru mereka yg memulakannya setelah ada sikit kuasa pd masa itu dgn garangnya nak halau Melayu masuk hutan dan mendabik Malaysia mereka punya sahaja sedangkan UMNO membawa Malaysia merdeka dgn keterlibatan semua kaum termasuk yg menjerit nak bunuh Melayu dan halau Melayu masa 13 Mei 1969 itu. Dan orang yang mengepalai rusuhan itu masih hidup lagi tanpa menerima hukuman dan masih belum serik=serik lagi dgn api perkaumannya. Apa nak tunggu Malaysia jadi mcm Bosnia ke baru Melayu nak sedar diri dan sedar siapa ultra-kiasu ini? Mereka lebih mirip lebih condong ke arah kominis. Satu kesilapan kerajaan dulu kerana tidak menghukum pencetus 13 Mei 1969 itu secara total. Tapi kita sebagai bangsa yg sayangkan tanahair warisan nenek moyang ini harus tidak membiarkan ultra-kiasu ini memporakperandakan keharmonian negara kita yg telah sekian lama dipupuk oleh nenek moyang kita bersama..

lee kuan yo said...

alah.. mcm la lu da lahir masa singapura kuar malaysia.. bla la... nama pun politik.. tipu menipu adalah bidang kerja politik..

Anonymous said...

alar lee kuan yo...

" nama pun politik.. tipu menipu adalah bidang kerja politik.." is in your DNA, PAP DNA and DAP DNA..

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive