Naib Presiden Pas Yang Terbaru Adalah Ambiga..!!!!


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam Pas yang cuba membawa masuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga untuk diangkat menjadi naib presiden parti itu.

Katanya, desas-desus itu semakin kencang selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.

Katanya, perkara tersebut tidak mustahil kerana Ambiga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti Pas.

"Justeru saya meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberi penjelasan sama ada Ambiga bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan. Jika dilantik apakah ia dibuat sebelum pilihan raya umum.

"Berita ini boleh dipercayai dan memerlukan penjelasan daripada pucuk pimpinan Pas kerana rakyat mengetahui parti itu memberi sokongan kepada Ambiga semasa demonstrasi Bersih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor semasa menjadi ahli panel dalam wacana terbuka mengakui Pas sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi jika persekitaran politik menuntut sedemikian.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat beliau menyalahkan media kononnya sengaja memanipulasi kenyataan berkenaan selain turut menyelar tindakan segelintir pemimpin Pas yang didakwanya mudah terpengaruh.;- Utusan

2 comments:

Anonymous said...

PAS nak tarik golongan GAY,LESBIAN serta pondan masuk n sokong pas dengan kata lain pas akan jadi parti spt PKR kerana sokongan hak golongan homoseksual

Padijantan said...

Cool bebehhh...
No FEAR! Just Do It !!!..

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive