Bukti Skandal Pasir Akan Di Dedahkan 19 Mac Ini...


Skandal pasir yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat makin panas apabila satu demi satu bukti akan didedahkan.Tak guna adanya SelCAT jika kesemuanya hanya satu lakonan yang skripnya digarap semata mata mencukupkan syarat.

SelCAT tak ubah seperti satu pentas lakonan untuk menutup penyelewengan,tidak ada badan bebas yang memantau SelCAT melainkan hanya untuk menjaga kepentingan pakatan.
Mana mungkin pakatan akan membuka pekung sendiri yang sudah pasti akan merugikan mereka.Rakyat Selangor mengikuti dengan rapat kes samun disiang hari yang membabitkan jutaan ringgit yang menyebabkan kerugian yang besar terhadap kepentingan rakyat dan alam sekitar.

Badan Perhubungan UMNO Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya penyelewengan dalam proses pemberian tender projek oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seperti didakwa pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya mempunyai senarai nama syarikat yang didakwa memperoleh kontrak daripada kerajaan negeri secara rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.

Beliau berkata, melalui senarai itu, pihaknya akan meneliti sama ada pendedahan dokumen-dokumen tersebut yang kononnya akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac ini tepat atau satu pembohongan semata-mata. KLIK DISINI ;- KGC

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive