NIK Aziz Beri Amaran Kepada Parti PAS..!!!


“Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam.”

Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. - Nik Aziz

" BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU"

Laaa..sejak bila pula UMNO mengkhianati perjuangan Islam..Nyanyuk ke apa orang tua ni..Bukan ke DAP yang tak setuju perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam...jadi untuk menjaga hati DAP dalam pakatan haram..PAS sanggup menukar perjuangan mereka yang sejak dari dulu lagi iaitu untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan..UMNO tak pernah paksa pun PAS menukar hala tuju perjuangan mereka..

Tengok apa jadi dengan hukum hudud..."bersetuju untuk tidak bersetuju"..Kenapa PAS beriya-iya salahkan UMNO tolak hukum hudud...tapi bila DAP bersuara kata hukum hudud tiada dalam buku jingay..PAS diam dan akur kemahuan DAP...sehingga kini tidak ada lagi bunyi hukum hudud nak dilaksanakan...Bukan ke Nik Aziz pernah berkata pakatan haram telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Kenapa sehingga sekarang DAP masih anti dengan Islam??

Jom kita baca apa Zulkifli Nordin tulis mengenai PAS yang kononnya sebuah parti Islam...EP harap ada ahli PAS yang hebat tolong jawab persoalan ini...

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

4 comments:

Anonymous said...

wajarkah saya mengundi parti politik yang menolak Islam terang-terangan tetapi mengaku Malaysia adalah Negara Islam?

wajarkah saya memilih pemimpin yang tidak mampu menegur bininya sendiri menutup aurat untuk memimpin negara?

wajarkah saya memilih parti yang menghapuskan warisan terbesar bangsa saya,bangsa melayu,iaitu tulisan jawi?

pikir2kan lahh...

Anonymous said...

16. islamkah perjuangan mereka di mana ada diantara mereka menyanyi lagu berentak gospel dan membaca almathurat semasa meraikan pembebasan peliwat dan penzina tegar.
17. islamkah perjuangan mereka apabila pm hadir di majlis thaipusam mereka kutuk habis-habisan dan semasa kepimpinan mereka hadir majlis agama lain siap dipakai tanda kat dahi tiada satu pun kata peringatan diberikan, bahkan guru mereka pernah hadir majlis agama lain dengan penuh keraian dan ada antara pimpinan mereka siap memalu gendang lagi.
18. islamkah mereka yang mengamalkan sembahyang lilin ......

Anonymous said...

19. Islamkah perjuangan PAS apabila beberapa pemimpin Islam Pakatan termasuk PAS berdiri dihadapan keranda/mayat mendiang Teoh Beng Hock memberi penghormatan terakhir dengan tunduk beberapa kali mengikut adat orang bukan Islam.
20. Islamkah perjuangan PAS yang suka menuduh orang lain tidak Islam malah mengkafir UMNO menyebabkan perpecahan sesama umat Islam/Melayu sehingga kini.
21. Islamkah perjuangan PAS demi kuasa, takhta, harta untuk sampai kePutrajaya sanggup menghalalkan segala cara.
22. Islamkah perjuangan PAS yang dipenuhi perasaan cemburu, benci, dengki & dendam sanggup bersekongkol dengan zionis PKR dan chauvanis/komunis DAP untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh majoriti orang Islam.
23. Islamkah perjuangan PAS apabila ulamak2/ustaz2 mereka berceramah diatas pentas memfitnah, memaki-hamun pemimpin2 Islam/UMNO.
24. Islamkah perjuangan PAS apabila pemimpin2nya
yang bergelar ulamak/ustaz maupun professional terbabit dengan khalwat dan zina.
25. Islamkah perjuangan PAS melindungi pemimpin zionis PKR yg melakukan aktiviti liwat dan video chinadoll dengan mengatakan video itu besi?
26. Islamkah perjuangan PAS yang akan menerima sedikit sebanyak dana haram yahudi yang bakal diagihkan oleh pemimpin zionis PKR kepada Pakatan Rakyat yang haram tidak berdaftar pada pru13 nanti.
27. Islamkah perjuangan PAS membiarkan seorang Adun wanita DAP kafir harbi masuk kedalam ruang solat/mimbar surau membuat ucapan hanya kerana menerima wang bantuan.
28. Islamkah perjuangan PAS bersekongkol dengan parti DAP chauvanis/komunis kiasu kafir harbi yang terang2 anti-Islam, anti-Melayu malah parti lahanat inilah yang telah mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Pemimpinnya masih hidup hingga kini dan terus membangkitkan sentimen kebencian terhadap umat Islam dan orang Melayu.

Anonymous said...

perjuangakan hukum hudud konon, naib presiden mereka adalah ahul zina tambah lagi beberapa adun yang lain. mereka ini adalah manusia fasik yang tidak layak menjadi saksi dalam perbicaraan kes hudud. mana mungkin mereka mahu menjalankan hukum hudud. tidak percaya naib presiden mereka telah berzina dengan normah - wahai orang pas mohon dengan ikhlas buatlah solat hajat mega perdana dan majlis bacaan yasin mohon kepada allah agar sekiranya naib presiden anda berzina dengan normah maka mohonlah kepada allah agar bala turun kepadanya dan sekiranya tidak mohonlah kepada allah agar mereka yang kononnya telah menangkap mat sabu di hotel perdana semasa mat sabu berzina dengan normah itu ditimpa bala bencana. aku amat yakin kalian tidak berani.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive