Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.
Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.
Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.
Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.
Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.
0 comments:
Post a Comment