Nik Aziz Kecam Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa..


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, “…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”

Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.

Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.

Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH?

Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa.

Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa.

Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri.

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS.

Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali.

Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya.

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa.

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.   :- Beruang Biru

10 comments:

Anonymous said...

TUAN GURU NIK AZIZ YANG KU KENALI 10 TAHUN DULU SUDAH PUN 'MATI'...NIK AZIZ HARI INI TIDAK ADA BEZA DENGAN YANG LAIN2 DALAM PAKATAN...

Anonymous said...

dah nyanyok. buat-buat tobatlah. selamanya kau lebih mirip kafir dari islam. hujah yg di keluarkan semuanya nak jahanamkan orang islam yg tak sebulu dengan kau ajis oi.

Ray Ban said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dah tua, tak mampos mampos.. Fatwa bodoh kau ni menyebabkan visa umrah hadapi masalah.

Anonymous said...

sudah2lah nik aziz..masa untuk berehat..sampai mati ke dok pk nak berpolitik...? bg kt anak2 pulaklah..perjuangan boleh diwarisi...

Anonymous said...

PARTI Ajaran Sesat, tak ada kena mengena pun dengan Islam.....ada taraf kah nak komen Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan....

Anonymous said...

Cuba Pok Nik keluarkan fatwa ini."PAS MENERAJUI NEGERI KELANTAN SELAMA 22TAHUN TETAPI MEMBEKALKAN AIR KOTOR UNTUK KEPERLUAN RAKYATNYA "

Anonymous said...

Unsur2 Islam dalam hati Nik Aziz dah hilang bersama Dap dan PKR. Tak pernah dia bangkang apa saja kata2 DAP dan apa yg. terjadi pada PKR. Semua UMNO buat salah PAS buat semua betul. Lagi lama dia tak bersara lagi bercelaru pendapat dia.

Anonymous said...

Ini semua adalah khilaf dalam menentukan hukum ... banyak isu yang ulamak berbeza pandangan, termasuklah dalam soal demonstrasi BERSIH ini ... perkara ini melibatkan perbincangan ilmu di kalangan ulamak ... Majlis Fatwa ada kredibiliti, Tok Guru Nik Aziz juga punya ketokohan tersendiri sebagai pewaris ulamak Nusantara ...

jadi kita sebagai orang awam yang ilmu tak seberapa, biarlah kita berlapanga dada dengan pendapat-pendapat yang berbeza ....

K'9999

Anonymous said...

Assalamualaikum ,


Dalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka "Hawiyah" yang paling hebat seksaannya.
Tanyalah diri sendiri,bilakah kali terakhir dikau mendampingi alim ulamak,bilakah kali terakhir dikau membaca ayat-ayat al-quran dan mengkaji maksudnya,bilakah kali terakhir dikau menghadirkan diri ke majlis ilmu? Jika masih jauh ketinggalan,hadirkanlah dirimu ke majlis ilmu dan berlapang dada utk menerima ilmu Allah Yang Maha Luas.Insya-Allah,di hujung usahamu ,akan kau temui jawapan bagi kemelut politik yg serba kucar kacir ini.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive