Masyarakat perlu menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berdiam diri berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang itu.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.
Jelas beliau, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar mempunyai tanggungjawab besar dalam menjawab hal akuan berkanun tersebut kerana segala akaun itu secara logik diperoleh sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
“Namun, setelah berhari-hari perkara itu dibangkitkan, Anwar tidak pula menjawabnya sama ada di Twitter atau Facebook sedangkan kita tahu beliau aktif di laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion milik Anwar itu kerana boleh dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Ibrahim yang memandang serius hal tersebut juga telah membuat laporan polis dan mengemukakan surat rasmi kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed bagi mendesak siasatan terhadap dakwaan Abdul Murad itu dibuka semula.
Menurut Azwanddin, SPRM perlu bertindak tegas dan pantas dalam menyegerakan siasatan tersebut kerana ia merupakan perkara berkepentingan awam dan berupaya memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.
“SPRM sudah boleh memulakan siasatan mengenai perkara ini kerana ia badan bebas dan setahu saya, kalau risalah dan surat layang pun SPRM siasat, ini kan pula akuan berkanun," katanya.
Sementara itu, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, langkah Anwar yang terus berdiam diri membuktikan beliau tidak mampu menjawab hal itu seterusnya gagal membersihkan namanya.
Katanya, setiap rakyat Malaysia yang berfikiran waras sudah tentu menilai Anwar mempunyai sesuatu yang cuba disembunyikan berhubung hal tersebut.
“Anwar dikenali sebagai seorang yang suka buat bising, tapi dalam hal ini dia senyap ibarat burung berkokok tapi ekor dipenuhi tahi.
“Sudah tentu, beliau kini sedang dilanda sindrom kecut perut," katanya.
Bagi Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris pula, siasatan itu penting bagi memberi ruang secukupnya kepada golongan muda di negara ini mengenali Anwar memandangkan kumpulan itu masih di bangku sekolah sewaktu perkara tersebut didedahkan kira-kira 13 tahun lalu.
Katanya, ia juga merupakan faktor golongan itu menjadi sasaran Anwar mendapatkan sokongan kerana mudah termakan pujuk rayu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.
“Mereka melihat Anwar sekarang seperti insan suci sebagai pemimpin sedangkan mereka tidak pernah tahu sejarah Anwar sebelum ini," katanya. :- Utusan
2 comments:
Anwar sudah tentu mengambil masa lama sedikit untuk menipu rakyat dalam jawapan nya nanti.Kita semua tahu yang pemimpin Parti Kencingkan Rakyat sudah bergelumang dengan dosa fitnah, murtad, homoseksual hipokrit dan banyak angkara lagi. Sudah tentu jawapan si bapak ho****** in mahu menempelak UMNO lagi dengan kenyataan nya yang berdolak dalik dan mengelirukan rakyat.
fULAMAK!!!! CAKAP BERDEGAR2...KONONNYA BILA DIA MERINTAH....NO 1....DIA AKAN MEMBENTERAS RASUAH......RUPANYA DIA YG BUAT DULU....SO DIA PUN FIKIR ORG LAIN AKAN BUAT JUGA......
Post a Comment