Barisan Nasional (BN) tetap akan menghantar wakil ke Forum Air Selangor, hari ini walaupun tidak menerima jemputan rasmi oleh Kerajaan Negeri.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, walaupun pihaknya sering mengutarakan isu berkaitan krisis air di negeri ini, beliau pelik tidak dijemput ke forum berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu.
Menurutnya, jika Kerajaan Negeri menjemput BN Selangor sebagai salah seorang panel, beliau sendiri akan memberi kerjasama untuk hadir dalam program berkenaan.
“Walaupun mereka tidak hantar jemputan kepada kita, namun BN Selangor akan hantar wakil untuk bertanyakan soalan dalam Forum Air itu nanti.
“Kita akan memberi hujah-hujah bernas termasuk senario sebenar krisis air di negeri ini,” katanya dalam sidang media, di bangunan Umno Selangor, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pihaknya menerima jemputan menghadiri Forum Air Negeri Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri. KLIK DI
Ocean's 13
0 comments:
Post a Comment