SELALU sudah disebutkan bahawa Pakatan haram pembangkang ini tidak ada persefahaman yang baik di antara mereka. Ada banyak percanggahan dan semua ini berlaku sebelum mereka dapat perintah negara pun.
Dalam hal ini merujuk kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu penyokongnya menurunkan kerajaan (BN) dalam keadaan ‘sopan’. Apa maksud Hadi dengan sopan, bila Anwar Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara ganas?
Bukan satu rahsia yang Anwar akan mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika kerajaan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Hadi pulak cakap pasal sopan?
Yang nampak disini ialah, berlakunya percanggahan antara 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat ini. Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar secara rasmi ini tidak tahu arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan kerajaan BN. Satu orang nak secara sopan dan satu orang lagi cara huru hara dan ganas.
Ini belum lagi Kit Siang anak beranak dan Karpal anak beranak dari DAP buka mulut. Tak tahu pendekatan apa yang mahu dipilih mereka, mungkin Mahkamah.
Semua ini menunjukkan percanggahan dan pertelagahan yang jelas berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan ini kelihatannya semakin hari semakin keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan Rakyat. Nampaknya macam laki bini yang bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka yang boleh dipakai.
Yang akan jadi masalah sudah tentulah penyokong, mana satu nak dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan kalah besok, nak duduk diam-diam atau bangkit melawan? Percayalah, Pakatan akan kalah, tapi bukan sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri banyak buat silap seperti dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Hadi jangan ingat kita bodohlah. Kalau rancangan Anwar ini menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling depan nanti akan diisi oleh budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam perhimpunan Bersih 3.0 April lepas. Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah cakap penulis ini. Hadi memang terkenal dengan cakap depan lain, belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia boleh berbini 3.
Hadi pun dah tau rancangan Anwar yang terlepas keluar itu, sebab itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.
Hadi sendiri, dimana layaknya bercakap soal sopan ini? Hadi masih ingatkan apa yang berlaku di Terengganu bila PAS menang di negeri tersebut? Kunci Wisma Darul Iman dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan Exco ditahan dan dirampas penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.
Ketika itu dimana Hadi dan nasihat tentang kesopanannya? Hilang dalam serban atau terjuntai dalam jubah? SIlap-silap yang mengarahkan semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu taksub berkuasa dan menjadi Menteri Besar. Ketaksuban yang ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal menawan kerajaan negeri tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk pada 2008.
Begitu juga dengan sikap macam binatang oleh budak-budak Unit Amal dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang sopannya penyokong PAS dalam kejadian tersebut.
Semua ini hanya persediaan kalau kekacauan yang dirancang Anwar di masa yang akan datang, menjadi kenyataan. Kenyataan Hadi ini akan dijadikan bukti bahawa PAS tidak terlibat kalau berlaku kekacauan itu nanti. Dalam erti kata mudah, PAS (melalui Hadi) sedang bersedia melindungi dirinya dari sebarang kecaman atas tindakan yang mungkin dilakukan Anwar
2 comments:
Yang selamat PAS keluar dari PR. Kena keluar sekarang sebelum PRU 13. Agar tiada pertikaian sekiranya PR menjunam.
kalau kerusi PM DISEPAKATI SECARA konsensus maka selamanya Pas dapat tengok saja.
Post a Comment