PRU 13 : PAS AKAN KURANGKAN KERUSI PARLIMEN UNTUK BERI LALUAN KEPADA ORANG MELAYU DAP..!!!


Berikut adalah fakta mengenai Pas yang disorok pemimpin mereka daripada pengetahuan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama;

1. Sejak PRU Pertama 1955, Pas tidak pernah bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoriti mudah. Dan semua harus maklum, untuk sesebuah parti memerintah negara ini, mereka perlu memenangi lebih separuh daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

2. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah PRU-12 pada 2008, jumlah kerusi parlimen yang ditandingi oleh Pas secara puratanya ialah 60+ kerusi.

3. Paling tinggi Pas pernah bertanding kerusi parlimen ialah pada PRU-11 tahun 2004 iaitu sebanyak 85 kerusi, tetapi Pas kembali mengurangkan kerusi yang ditandinginya pada PRU-12 yang lalu dengan hanya 66 kerusi parlimen, semata-mata kerana ingin memberi laluan kepada PkR untuk menambah bilangan kerusi.

4. Khabarnya pada PRU-13 akan datang, Pas sekali lagi akan mengurangkan jumlah kerusi parlimen yang ditandinginya kepada 63 kerusi kerana ingin memberi laluan pula kepada calon Melayu parti DAP.

5. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah yang terbaru PRU-12, DAP sentiasa menambah bilangan kerusi parlimen yang mereka tandingi.

6. Persoalan ramai ialah, jika Pas tidak pernah sekalipun bertanding kerusi parlimen melebihi majoriti mudah, jadi bagaimana Pas boleh menipu kononnya akan melaksanakan dasar-dasar Islam ala Pas di negara ini?

7. Dan persoalan utama, bagaimana Pas boleh menjadi parti dominan dikalangan Komplot Pembangkang sedangkan kerusi yang PkR tandingi lebih banyak daripada Pas.

8. Di PRU-12, PkR bertanding 97 kerusi parlimen yang menjadikan PkR lebih dominan berbanding Pas walaupun ahli PkR sendiri lebih ramai bukan Islam berbanding Islam. Adakah Pas lebih yakin pada PkR untuk laksanakan dasar-dasar Islam?

9. UMNO pula sejak PRU-4 sentiasa memastikan parti mereka dominan dalam Barisan Nasional dengan bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoiti mudah berbanding parti-parti komponen dalam BN.

Adakah Pas selama ini memang berniat menipu rakyat yang kononnya akan laksana dasar Islam jika berjaya memerintah Malaysia; sedangkan Pas tidak pernah pun bertanding kerusi parlimen lebih darpada majoriti mudah yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan, apatah lagi untuk jadi parti dominan dalam Komplot Pembangkang?

sumber : blog PANEH MIANG

2 comments:

Anonymous said...

Buta mata lebih baik dari penganut2 Parti Ajaran Sesat yg BUTA HATI..!!!!!

Megat Alam Gempita said...

PKR juga akan turut mengorbankan kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota di Pahang yang selama ini diwakili oleh UMNO atau ex UMNO(PKR). Patutlah DAP semakin galak memainkan isu Lynas sebab nakkan kerusi majoriti Melayu bandar ini.

Orang Melayu...fikir-fikirkanlah takkan semua kerusi bandar dan semi bandar nak bagi pada DAP?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive