Rumah Urut Di Selangor Kekurangan Bekalan Air...!!!


Kerajaan Selangor sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi daripada penstrukturan semula industri air, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Katanya walaupun berlakunya penstrukturan semula industri air, kerajaan
negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemandu teksi seluruh negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Jun ini.

Mohd Zin berkata sehingga kini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.

"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

"Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti
optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum," katanya.

Mohd Zin juga berkata Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa
lepas, kebanyakannya disertai oleh ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah bagi menangani masalah air.

"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa," katanya.

Beliau berkata jemputan untuk menyertai forum itu juga tidak menyeluruh
kerana tiada jemputan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri daripada BN Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Sumber : Sahabat Gunung

2 comments:

CITY said...

air apa tu???...kah..kah..kah..

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive