DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU


Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.

Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.

Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.

Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.

Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967.

Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.

Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Pertama, ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam.

Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading.

Tanpa peruntukan ini, sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka.

Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini.

Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan!

Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.

Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.

Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang?

Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak, pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP.

Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN.

Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi.

Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Rakyat.

Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.

5 comments:

Anonymous said...

Menghapuskan kuota boleh tapi kena buat lain mekanisma pula untuk bertepatan dengan kehendak perlembagaan mengenai hak Melayu.

Hal ini juga di sebut dalam perlembagaan Singapura tapi kerajaan Singapura tak memadamkan hak Melayu tersebut. Mereka cuma tidak menguatkuasakan.

Itulah yang dikehendaki DAP asal peruntukan perlembagaan itu tidak di kuatkuasakan sudah cukup mencapai matlamat mereka.

Perlembagaan mesti di kuatkuasakan. Di jalankan sebagaimana yang di tetapkan.

Mungkin perkataan kuota itu di tukar dengan peruntukan hak Melayu supaya orang lain faham sejak dari sekolah rendah di mana bumi di pijak.

Anonymous said...

Melayu singapore dah lama layu sejak pap berkuasa...
Majority melayu habis layu...
Tapi melayu malaysia yg belajar tinggi2 lagi layu...
Senang jea depa kena kelentong ngan dap/ pkr/ pas..
Skg mengharap melayu yg benar islam jea....
Majority melayu malaysia yg tinggi pelajaran banyak tak sedar diri... Langsung tak nak membantu melayu lain berjaya.... Semua projek2 bagi kat kaum2 dap... So camana melayu nak maju... Pas tu kondem kerajaan...
Paling basic... Kalo nak beli anything mesti gi kedai dap.. Kedai melayu semua depa kondem....tak pernah bersyukur asyik kondem jea yg depa tau...

Anonymous said...

kalau mangkok ayun ni perintah sah melayu malaysia ni jadi macam melayu singapore...hidup macam melukut tepi gantang. standard jadi tukang sapu je. Pilot dalam army? seorang pun tak ada. kerja kerajaan? kerani je.

Anonymous said...

kalau semua hak melayu hilang, yang tolong menghilangkan melayu juga.selagi sifat dengki dengan bangsa sendiri tidak dapat dikikis serta mengangap puak mereka adalah yg terbaik dari puak yg lain maka dengan mudah bangsa lain mengambil kesempatan menghakis hak yg ada.

Anonymous said...

Penghapusan hak istimewa orang melayu/bumuputera telah lama menjadi impian mereka.... aku selalu dengar akan rasa tidak puas hati puak puak ini tentang keis\timewaan tersebut ..... itu aku tak terkejut.... yang aku terkejut dan MARAH... ada ORANG KITA sendiri yang beriya iya nak hapuskan hak tersebut. Dia yang memang dah kaya raya, duit tak habis makan sampai kiamat boleh la buat.... kita yang miskin ni... nak tinggalkan apa kat keturunan dan anak cucu di kemudian hari?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive