Janji DAP Hanya Sandiwara Saja..!!!


Kerajaan negeri pimpinan DAP dilihat tidak ikhlas apabila mengenakan pelbagai prosedur ketat kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, walaupun sebelum ini mereka mengumumkan orang awam boleh melihat dokumen tersebut, namun syarat-syarat yang dikenakan menyusahkan.

"Kerajaan negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupun mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

"Saya ingin tanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temu janji beserta syarat-syarat lain?," soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow mengumumkan kerajaan negeri akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 38 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008.

Kata Leong Meng, lebih menyukarkan, waktu yang diberikan untuk meneliti dokumen itu hanya 90 minit dan dihadkan kepada lima individu.

"Ini bermaksud tempoh yang diberikan untuk menyemak setiap dokumen ialah tiga minit dan ia tidak mencukupi untuk memahami dokumen yang kompleks (sukan) seperti itu," katanya.

Katanya lagi, tindakan itu telah menimbulkan persoalan sama ada kerajaan negeri menjalankan urus tadbir secara terbuka kerana pelawat dilarang membuat sebarang salinan sebaliknya hanya boleh mengimbas dokumen tanpa sesi soal jawab.

Selain itu, cara untuk tempahan juga menyusahkan kerana mereka perlu hadir mendaftar di Kaunter Tempahan, Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang di tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Razak atau menghubungi 04-2592183.

"Syarat ini mendapat rungutan kerana mereka perlu mendedahkan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat lengkap selain nombor telefon setiap individu dalam kumpulan yang diberikan beserta cadangan tarikh temu janji," katanya.

Leong Meng berkata, syarat ketat itu seolah-olah mahu orang awam susah agar mereka tidak berminat membuat semakan.

"Saya ingin tanya kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di manakah urus tadbir secara terbuka yang beliau banggakan selama ini?," ujarnya. :- Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive