Presidennya, Mohd. Shahar Abdullah berkata, selain mengeluarkan kenyataan tersebut, DAP dan pakatan pembangkang perlu memohon maaf kepada rakyat negara ini berhubung penglibatan tiga diplomat republik itu.
Menurutnya, keberanian DAP untuk mengeluarkan kenyataan membantah penglibatan tiga diplomat tersebut membuktikan bahawa parti itu sayang dan cintakan negara ini.
"Masalah yang berlaku dalam Bersih 3.0 adalah masalah dalaman pentadbiran negara dan kenapa perlu ada penyertaan serta campur tangan orang luar?
"Kita minta DAP untuk menyatakan bantahan kepada tindak-tanduk diplomat tersebut yang dilihat mengganggu urusan politik dan pentadbiran Malaysia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment