JANJI PAKATAN HANYA GIMIK SEMATA-MATA..!!!

taburjanji

Pelbagai janji manis pakatan pembangkang yang begitu lemah adalah semata-mata untuk meraih populariti di kalangan pengundi tanpa memberi perhatian serius mengenai kedudukan kewangan negara, kata seorang penganalisis politik.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata janji-janji bersifat populis itu merupakan gimik politik, dan satu helah untuk meraih undi generasi muda yang berhempas pulas membina kehidupan mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan dan mempertimbang keperluan membeli sebuah rumah dan kereta.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu berkata ini sudah pasti satu strategi pilihan raya memandangkan janji-janji sedemikian yang begitu menarik adalah bagi mengumpan generasi muda mengundi pakatan pembangkang.

"Kereta murah, pemansuhan tol, pendidikan percuma dan gaji minimum RM4,000 bagi setiap keluarga akan mengurangkan beban mereka. Ini satu daripada janji-janji pilihan raya pakatan pembangkang. Walaupun kelihatan sebagai satu alternatif kepada dasar Barisan Nasional, satu perkara yang membimbangkan banyak pengkritik adalah bagaimana mekanisme, formula dan pendekatan bagi melaksanakannya.

"Setakat ini, Pakatan, tidak memberikan maklumat dan formula mencukupi berhubung cara melaksanakan dasar itu," katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada janji-janji itu kemungkinan boleh memufliskan negara, jika mereka memerintah.

Bagi menangani janji-jani sedemikian, Dr Mohd Azizuddin berkata kerajaan yang memerintah perlu menawarkan agenda yang lebih menarik dan dasar baru bagi bersaing dengan pakatan pembangkang.

"Jika tidak, rakyat akan termakan dengan idea-idea pakatan dan mengundi mereka kerana janji-janji seperti agenda menghapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) kereta murah, harga petrol rendah sangat menarik. Secara psikologi, rakyat Malaysia suka kepada sesuatu yang percuma dan murah," katanya.

Sambil mengakui bahawa agenda pendidikan percuma bukan satu khayalan dan boleh dilaksanakan, Dr Mohd Azizuddin, bagaimanapun berkata negara boleh berdepan defisit memandangkan kerajaan perlu berbelanja besar bagi menyediakan peruntukan.

Oleh itu, jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan menaikkan cukai individu dan syarikat, sama seperti tindakan Sweden dan Norway menaikkan cukai pendapatan pekerja.

Jika PTPTN dihapuskan, kerajaan akan menanggung kerugian RM43 bilion dan tindakan menghapuskan cukai kenderaan boleh mengurangkan hasil cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun.

Dr Mohd Azizuddin berkata kajian komprehensif dan lengkap diperlukan sebelum dasar-dasar sedemikian dilaksanakan kerana rakyat mahu lebih banyak maklumat terutama mengenai mekanisme dan formula bagi mencapai matlamat dasar-dasar itu.

"Jika mereka begitu praktikal, jadi laksanakannya sahaja. Tetapi jika ia tidak praktikal, lebih baik jangan dan tolong jangan berjanji dengan rakyat sesuatu yang tidak boleh dicapai.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin yang lain melahirkan "keraguan yang serius" berhubung rancangan pilihan raya pembangkang memandangkan pendekatan sedemikian menunjukkan pakatan pembangkang hanya berminat untuk mendapat kuasa.

"Kita ada program yang komprehensif, padu, berwibawa dan realistik dan hala tuju bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Tetapi semua yang kita ada dalam fikiran adalah berdasarkan mandat yang kukuh daripada rakyat," Perdana Menteri dipetik sebagai berkata.

Najib berkata janji-janji pakatan pembangkang mengenai pendidikan percuma dan gaji minimum yang tinggi " sukar dicapai" dan satu perbezaan yang nyata dengan apa yang ditawarkan Barisan Nasional ;- AgendaDailay

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive