Mungkin Kah Malaysia Bukan Lagi Bumi Melayu???

alt

Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

alt

Sebelum ini, aktivis politik Hishamuddin Rais yang juga merupakan salah seorang tulang belakang penganjuran Perhimpunan malam ini menerusi pernah mempersoalkan rekabentuk Jalur Gemilang dan cetusan lagu/lirik Negaraku. Kritikan beliau disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV. Ianya disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV berjudul 'Negara Ciplak.'

alt

9.40 malam - Peserta mula berkumpul sambil meniup vuvuzela berhampiran Dataran Merdeka.

9.45 malam - Peserta dilihat semakin bertambah bermula di Jalan Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

alt

11 malam - Lebih 3 Ribu peserta telah berkumpul di Dataran Merdeka.

11:15 malam - Kelihatan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka.

Bacaan puisi dari Sasterawan Negara A. Samad Said berlangsung sejurus jam 12 tengah malam. Ia disusuli dengan perarakan peserta hingga ke perkarangan Pusat Membeli Belah Sogo diketuai oleh Hishamuddin Rais. KLPOS

2 comments:

Anonymous said...

Bendera yang hendak ditukar juga ciplak bendera Singapura.
Kalau bendera hendak ditukar tidak mustahil:-
1. Agama rasmi Islam juga boleh ditukar,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga boleh ditukar,
3. Perlembagaan Malaysia juga boleh ditukar,
4. Nama Malaysia juga boleh ditukar kerana ada nama Melayu.
5. Semua yang berkaitan Islam dan Melayu boleh ditukar.
Berfikiran matanglah wahai bangsaku. Jangan kita dijajah lagi.

Anonymous said...

Mcm senang je nak tukar 3 perkara utama - agama bahasa perlembagaan mcm kacang putih je. Takat tukar bendera tu kalau ramai yg sedar benda tu ciplak aku pun setuju sebab sejarah ni ditulis oleh pihak yg menang.Befikiran merdeka lah bangsanya. Adakan identiti sendiri. Jgn kita minda di jajah lagi.

aku sokong tukar bendera.Baru ku tahu skrg cerita nya

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive