Perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud semakin parah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) menegaskan parti itu akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum tersebut jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Malah di sebalik dakwaan pemimpin Pas kononnya DAP kini menerima baik hukum hudud, Karpal dengan lantang menegaskan DAP kekal dengan pendirian tidak akan sesekali mendokong hasrat Pas yang baru mengubah dasar perjuangan kepada negara berkebajikan untuk mewujudkan negara Islam.

Serentak dengan itu, beliau berkata, DAP tidak akan sesekali menawarkan diri berunding dengan Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud tersebut.

“Pas harus sedar hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga, iaitu perjanjian dasar bersama pakatan pembangkang. Saya juga boleh memberi jaminan ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang kerana DAP tidak akan membenarkan ia berlaku selaras dengan dasar parti kami. :- Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive