Menyedari masalah yang akan timbul dan tidak mahu krisis air seperti tahun 1998 berulang kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan seharian rakyat serta boleh menjejaskan ekonomi negara, maka kerajaan telah mengambil langkah segera pada masa itu dengan rancangan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baru di Hulu Langat yang dinamakan Loji Langat 2.
Bagaimanapun usaha Kerajaan Persekutuan terencat selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada PRU 12 tahun 2008. Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim yang memerintah Selangor cuba menghalang pembinaan Loji Langat 2. Bukan setakat menghalang, malah keseluruhan anggota Exco nya dikerah untuk mengelirukan rakyat Selangor dan Malaysia berhubung krisis air yang bakal berlaku.
Mereka cuba kelirukan rakyat dengan mengatakan krisis air tidak akan berlaku kerana Selangor mempunyai air yang cukup.
Pertengahan bulan Julai, Ronnie Liu membawa sekumpulan wartawan berkunjung ke empangan-empangan yang menyimpan air untuk kegunaan rakyat Lembah Klang dan menunjukkan kesemua empangan penuh dengan air. Sila lihat di sini.
Khalid Ibrahim juga pernah menyatakan hasrat untuk menggunakan air lombong sebagai alternatif jika sungai kekurangan air.
Mereka cekap bermain politik untuk mengelirukan rakyat. Apa yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu dan apa yang diperkatakan oleh Khalid Ibrahim bukan fakta yang sebenar.
Rakyat dan industri memerlukan air yang telah dirawat atau pun dipanggil air bersih. Tiada rakyat yang sanggup gunakan air dari lombong atau empangan tanpa dirawat. Begitu juga dengan industri. Tiada kilang yang sanggup gunakan air mentah atau yang belum dirawat untuk industri mereka. Semuanya memerlukan air bersih.
Masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk Lembah Klang pada tahun 2014 bukannya masalah air mentah. Sebaliknya masalah air bersih. Loji memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk merawat atau memproses air mentah.
Masalah yang timbul kini adalah masalah loji. Jika tidak diatasi dengan segera pada tahun 2014 penduduk dan pemain industri Lembah Klang akan menghadapi masalah untuk menggunakan air.
Air bukannya isu besar di Malaysia kerana negara kita sering menerima hujan. Masalah yang besar adalah masalah loji pemprosesan air. Tidak kira air hujan, air lombong, air sungai atau air empangan, semuanya memerlukan loji untuk merawat air sebelum disalurkan kepada pengguna.
Pada masa ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama ( Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong. KLIK DI selangordaily
0 comments:
Post a Comment