Legasi 'Bajet Kosong' Pakatan...!!!


BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.

Mengimbas kembali, apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas, bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.

Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu, sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.

Lebih menarik, individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah.

Dengan bajet poket kosong 2013, mereka janji dan terus berjanji untuk membina jalan raya di Sabah sedangkan di negeri sendiri masih menunggu, mahu turunkan cukai kenderaan 20 peratus tetapi cukai pintu masih tergantung, serta pendidikan percuma dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sesuatu yang masih dinanti-nantikan pelajar negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Bagaimana pula janji-janji mereka di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mahupun Perak ketika mereka memegang kuasa dahulu? Mungkin kerana itu tema Hari Merdeka tahun ini begitu sensitif kepada sesetengah pihak.

Bantuan bagi pendidikan prasekolah, anak yang dihantar ke nurseri, menurunkan cukai pintu dan cukai premis perniagaan serta elaun ibu tunggal juga masih dinanti-nantikan. Tidak cukup dengan itu, janji-janji 'berat' juga semakin bertambah seperti penurunan harga kereta, pemansuhan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN sedia ada, kononnya semua itu mampu ditampung kerajaan pembangkang, cukup dengan menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan sahaja.

Ini belum mengambil kira rancangan 'kurang cerdik' seperti mengurangkan bilangan kakitangan awam, terowong dasar laut Pulau Pinang, menurunkan harga minyak dalam 24 jam selepas menang PRU, meroboh tembok penjara jika pemimpin mereka dipenjarakan mahupun ada yang mengangkat komunis sebagai hero, menukar Jalur Gemilang dan sebagainya.

Yang nyata, setiap bajet bayangan yang menjanjikan bulan, bintang dan roket itu gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin semua yang dikatakan mampu dipenuhi.

Bagi rakyat biasa tentu sekali apa yang digula-gulakan itu sangat menarik, untuk lima saat, tetapi akal yang waras dan rasional tentu melihat banyak lompang dalam perancangan yang tidak berdiri atas realiti dan kemampuan sebenar pembangkang menunaikan janji mahupun kemampuan negara ini menampung bajet boros mereka itu kelak.

Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Nooh, apa yang cuba dilakukan pembangkang sukar difahami kerana ia umpama bajet bunuh diri.

"Tidak masuk akal, itu yang mampu saya katakan. Selama ini saya bayangkan pembangkang di negara kita lebih bijak.

"Mereka seperti tidak berfikir, tiada rancangan sokongan dan tidak gantikan hasil yang hilang. Asas akaun pun tidak lulus kalau tidak boleh imbang antara tolak dan tambah," tegasnya.

Menurut beliau, bajet pembangkang itu juga tidak menceritakan bagaimana untuk menggantikan hasil hilang yang digunakan untuk menampung semua rancangan mereka menghapuskan kos perbelanjaan tertentu.

Walaupun bajet bayangan pembangkang itu dikatakan ada pelan mencari hasil, beliau tetap merasakan ia tidak mampu menampung apa yang cuba dilakukan mengikut moto Negara Berkebajikan mereka.

"Mereka nampaknya mengambil contoh elemen tertentu dari beberapa negara maju lain yang mempunyai sistem kebajikan sosial tetapi negara terbabit juga hanya mengamalkan sesetengah aspek yang disebutkan bajet pembangkang itu.

"Tiada satu kerajaan pun mampu melaksanakan kesemua elemen yang pembangkang sebut dalam bajet itu secara serentak seperti menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya, jika tidak negara itu boleh lumpuh," jelasnya.

Katanya lagi, bajet bayangan sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh satu ke dua tahun dan bukannya yang tidak masuk akal mahupun diganti dengan alasan tunaikan satu demi satu dahulu selepas mendapati janji itu sukar ditunaikan.

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Amir Baharuddin pula berpendapat, bajet yang dibentang pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangannya.

"Bajet eutopia ini macam main-main ditambah. Asas pun tak ada, hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula. Janji yang bukan-bukan, budak tingkatan enam pun boleh hasilkan bajet sebegini! "Kalau nak lebih mudah, ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor-nombor sahaja. Ini bukan caranya. Untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja, berbincang dengan ramai pihak sebelum kumpul semuanya dalam satu belanjawan," tegasnya.

Beliau turut menempelak janji kononnya dengan menghapus atau mengurangkan cukai mereka masih boleh menguruskan sebuah kerajaan kerana ia jelas menipu rakyat dan itu belum melibatkan pembayaran hutang negara.

Tambahnya, untuk susutkan hutang negara juga mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya dalam satu belanjawan sahaja, jika tidak bajet kerajaan untuk tahun itu hanya untuk membayar pinjaman semata-mata. Beliau memaklumkan pertumbuhan 4.5 peratus juga kini sukar dicapai melihatkan situasi global tetapi sasaran bajet pembangkang umpama satu usaha simplistik untuk mengelirukan rakyat. "Dia (pembangkang) boleh janji apa saja tapi pelaksanaannya tentu 'sakit'. Perubahan kekal di bawah kuasa Perlembagaan dan Parlimen, mereka tidak boleh buat apa pun yang dibentangkan selagi tidak memegang kuasa.

"Mereka perlu ubah Perlembagaan untuk buat semua yang dijanjikan itu dan ini akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Jika tidak, mereka terpaksa akur juga kepada sistem sedia ada," jelasnya.

Beliau juga kesal dengan taktik pembangkang sekali lagi membentang satu bajet dengan poket kosong seperti tahun lepas, lebih-lebih lagi diumumkan lebih awal daripada bajet kerajaan.

Tambahnya, tindakan itu umpama satu bentuk hasutan yang mengganggu perjalanan proses kerajaan dipilih majoriti rakyat dan menyusahkan kerja Perdana Menteri.

Amir menegaskan, pembangkang sepatutnya menyokong apa yang ada kini dan ubah apa yang mereka mahu jika sudah berkuasa, agar apa yang mereka lakukan itu tidak dibalas setimpal kelak.

"Kalau dia perintah dan orang buat begitu, dia suka? Ini cara kebudak-budakan berjanji itu dan ini. Rakyat bukan sahaja kena fikirkan kenapa mereka bentang bajet bayangan malahan kenapa melangkaui pembentangan Perdana Menteri.

"Kalau agendanya baik dan betul, mereka tak bentang sekarang, patut tak bentang langsung sebaliknya akan bantu stabilkan negara," ujarnya.

Menurut beliau, secara individu memang pembangkang banyak duit tapi untuk perbelanjaan negara tentu mereka akan menggunakan hasil daripada cukai dan memerah keringat rakyat.

Tambahnya, jika pembangkang pamkan duit sendiri ke dalam tabung negara mahupun meminjam dengan orang kaya seperti George Soros sekalipun belum tentu ia akan mencukupi.

"Orang kaya seperti Soros pun tiada cita-cita nak biayai negara lain. Mungkin derma main-main beberapa juta sana sini tetapi payah untuk orang sepertinya beri pinjaman berbilion ringgit kepada negara seperti Malaysia.

"Oleh itu, rakyat perlulah berwaspada dengan perkembangan ini kerana orang yang cetak wang palsu pun sudah ramai, yang janji palsu lagi banyak," tegasnya. Utusan

Khalid Ibrahim Di Saman..!!!!


Firma Guaman Kamaruddin & Partners,telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor,Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.Peguam,Kamarudin Ahmad berkata,tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong,Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18,Shah Alam.

“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor.Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan bangle dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini. Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam,kelmarin.

Tambahnya,SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008,pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.Oleh yang demikian,skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.Sehubungan dengan itu,saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama,Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata,Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak. Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma. “Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Ulama Seru Anwar Patut Bertaubat..!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam.

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam.

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti uamt Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas.

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduandan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan.

"Kita dapat lihat sekarang, apabiala orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya.

Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW.

"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya.

Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut.

"Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya.

"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya. Utusan

Khalid Ibrahim Beli Bas Merdeka Rakyat Percuma Lori Sampah..!!!!


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai kaitan dengan pembelian 50 unit lori sampah dari China.

Menurutnya, pembelian itu dilakukan secara konsep sewa beli selama enam bulan dan segala urusan dilakukan dengan telus serta tidak membabitkan peruntukan kerajaan negeri.

''Tujuannya adalah untuk digunakan oleh parti sebagai alat berkempen yang berkesan. Ia memberikan imej kepada usaha menggalakkan pendemokrasian.

''Saya bersikap terbuka dan mempunyai perjanjian tentang semua perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan blog yang mempersoalkan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh Kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.

Blog http://sel13.com yang mempertikaikan perkara itu, turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid mengenai bas dua tingkat yang akan digunakan PKR tersebut dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

Bas yang dikeluarkan oleh Dong Feng dari China dengan nombor pendaftaran BLU 8779 itu difahamkan diletakkan atas nama Abdul Khalid sebagai pemilik.

Menurut blog itu, lori-lori sampah berjenama Dong Feng dibeli secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang.

Sementara itu, bas dua tingkat PKR keluaran Dong Feng yang dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Ogos lalu juga dipasang dan diubahsuai di kilang sama.

Pada 30 Ogos lalu, Abdul Khalid memberitahu, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa melibatkan satu sen wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor itu berkata, semua kos iaitu bayaran pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan tersebut tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. utusan

Soros taja Malaysiakini?


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institude (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.

MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

sebelum ini, Pramesh mendakwa MLDF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.

Sementara itu, laporan kewangan Syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.

Bagaimanapun 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Faundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).

Khalid Ibrahim Sengaja Membatalkan Projek Sekolah Tamil Ladang Midlands...!!!


Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?

Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut? Selanjutny Di Ocean's13

Ronnie Liu Menggila, Mahu Guna Air Lombong Juga...!!!!


Awal minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.

Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.

Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.

Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.

Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.

Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.

Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.

Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.

Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.

Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?

Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan 'ugutan' dari MB Pahang.

Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.

Tambah bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.

Sumber - GPRS

JENICE LEE YING HA 'KHIANATI' RAKYAT ?..!!!!!


ADUN Teratai dari DAP (Jenice Lee Ying Ha) sebelum ini dikatakan mempunyai banyak 'kontroversi-kontroversi' yang boleh bikin hati banyak orang panasss tak kira dari mana-mana kaum samada Melayu, Cina dan India . Tentu kita masih ingat pada satu ketika dahulu , semasa pilihanraya tahun 2008 , Jenice Lee menaburkan janji-janji manis pada pengundi Cina dengan mengatakan sebuah sekolah Cina akan dibina di tapak lapang sasar golf di Pandan Perdana . Diberitakan dari Malaysia Today, Jenice Lee telah membuat jualan kipas kepada orang awam (di mana gambar wajah beliau terpampang dengan manifesto untuk membina sekolah cina) kononnya untuk memperoleh dana bagi pembinaan sekolah Cina.

Namun, janji hanya tinggal janji . Rentetan aduan orang awam yang tidak berpuashati , pegawai khas Datuk Seri Ong Tee Keat , Cindy Leong Siew Kam telah membuat laporan pada SPRM untuk siasatan pada 25 August 2010 . Apa yang menimbulkan persoalan sekarang ialah di manakah perginya wang hasil derma ? Selanjutnya Di Bidaman

Rakaman Mansor Makai Lim Guan Eng..!!!!




 Kenyataan Mansor:

 "Tidak tentu...belum finalized, dia very arrogant I tell you... Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning 19 and they want more.

"Because by two more they can form their own government and they can, any two from us to be on their side and abandon us out," katanya seperti yang disiarkan Buletin Utama, malam Isnin..

Selain itu Mansor turut mengulas kekuatan DAP di Pulau Pinang yang menyebabkan keangkuhan Guan Eng..

"Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang," katanya..

Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media..

Namun, beliau mengakui menggunakan perkataan 'tokong' sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat P.Pinang..

“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya..

“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan di dalam blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menteri,” katanya pada sidang media tersebut.

Kerajaan Selangor Mahu Rakyat Menderita Tampa Air..!!!!


Kemelut isu air yang melanda negeri Selangor nampaknya akan terus berpanjangan jika dilihat dari situasi yang berlaku hari ini. Rakyat melihat pekembangan terbaru berhubung isu pembekalan air antara Pahang dan Selangor sebagai satu perkembangan yang tidak baik dan amat membimbangkan.

Pada asasnya, isu air Selangor yang menjadi pertikaian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ini mudah diselesaikan melalui meja rundingan. Oleh kerana terlalu banyak politiking dan dolak-dalik yang berlaku terutama dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang, perkara yang mudah tadi bertukar menjadi rumit dan payah diselesaikan sehingga rakyat pula terpaksa menanggung akibatnya.

Sampai bila kemelut isu air Selangor akan terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas agar semua pihak yang terlibat termasuk rakyat jelata dapat keluar dari masalah ini.

Masa terus berlalu, tahun berganti tahun. Permintaan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semakin meningkat serta pengeluaran air terawat sudah melebihi had kapasiti sebenar. Jika perkara ini terus dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluran air terawat dilakukan, dikhuatiri rakyat Selangor bakal berdepan krisis air paling dahsyat dalam sejarahnya. Selanjutnya Di  Ocean's 13

Malaysiakini Turut Terlibat Dalam Agenda Asing - Tun Mahathir


Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.

"Sama ada nilai liberal Barat atau (George) Soros, dia nak satu Perdana Menteri yang dia boleh guna, sebab itu dia nak regime change di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia.

"Malaysiakini semua ada kaitan, kesemuanya sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai operasi portal propembangkang, Malaysiakini serta penglibatan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada Open Society Institute (OSI) milik Soros.

Di antara pembiayaan lain yang diterima pertubuhan berkaitan adalah daripada National Endowment For Democracy (NED) milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

Sebelum ini, wartawan veteran, YL Chong mendedahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita propembangkang itu enggan mengakui menerima dana daripada Soros.

Menurut Chong lagi, Ketua Pengarang Kumpulan dan pengasas Malaysiakini, Steven Gan pernah mengakui portal itu akan 'mati' jika mengaku menerima dana daripada Soros.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika berucap memberitahu, peningkatan kes jenayah serta isu sosial di kalangan umat Islam di seluruh dunia adalah disebabkan mereka tidak mengamalkan ajaran sebenar agama itu seperti tertulis di dalam al-Quran.

"Hari ini ramai yang terikut-ikut dengan interpretasi dibuat pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing sehingga berjaya mengelirukan umat Islam menyebabkan mereka tidak mampu mempertahankan diri," katanya. - Utusan Malaysia

PR Selangor kelirukan rakyat isu air: CASSA


 

Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan..

Tarif air naik.

Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2..

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini..

“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya..

Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain..

.
Tak relevan.

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya..

“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya..


Loji Langat 2 perlu.

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum..

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi. Berita Harian

PKR Mahu BN Mendedahkan Calon Menteri Besar Selangor...!!!!


Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.

Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

Sumber - Gelombang Rakyat Posted by Ocean 13 at 19:00 , 0 comments Labels: Gelombang Rakyat Kerajaan Selangor kelirukan rakyat dalam isu air?

Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan terkenal hari ini.

Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.

Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini - bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.

Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual disini hari ini.

Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.  Selanjutnya Di Ocean's 13

Jangan Lepaskan Koo Ham Dari Tindakan Undang-Undang..!!!!


Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.

Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam.

Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai.

Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang.

Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat Islam diuji manakala kesucian agama Islam sengaja diperlekehkan.

Koo Ham bukanlah orang pertama dari kalangan pemimpin DAP yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam. Sudah kerapkali DAP melahirkan pemimpin yang akal pendek dan sering bertindak sedemikian rupa.

Sebelum ini DAP pernah menjuarai isu kalimah Allah s.w.t yang mahu diguna pakai oleh pendakwah dan penganut Kristian. Beberapa ketika sebelumnya ayat-ayat suci Al-Quran dibaca sesuka hati oleh pemimpin politik bukan Islam untuk memenuhi selera politik DAP.

Lama sebelum itu ada kalangan pemimpin DAP mempertikaikan kewajaran meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan.

Malah kesucian Rumah Allah s.w.t seperti surau dan masjid juga pernah beberapa kali tercemar gara-gara dijadikan pentas politik oleh beberapa pemimpin DAP yang berlagak umpama tok imam dan ustaz bertauliah dengan menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat.

Semua kelakuan itu berlaku tidak sahaja menjadi saksi betapa rendahnya kefahaman dan sensitiviti para pemimpin DAP malah membuktikan betapa perlunya satu langkah tegas untuk membendungnya dari berlaku lagi di kemudian hari.

Justeru itu, langkah pengajaran berbentuk hukuman tertentu perlu diambil segera. Koo ham perlu melalui proses tersebut dan dia tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang.

Jika tidak, dikhuatiri selepas ini makin ramai penyokong dan pemimpin DAP yang berkongsi fahaman serupa seperti Koo Ham muncul dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat kita yang berbilang agama dan bangsa ini.

Orang Melayu Sudah Lupa Akan Betapa hinanya Mereka Semasa Dijajah Dahulu. - Tun Mahathir



Tun M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

 

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.


Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.


Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.


Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Kit Siang 'Terajang' Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.

Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.

PKR, PAS MEMBISU BUKTI RELA DAP HINA ISLAM




Akhirnya setelah empat hari dihentam teruk berhubung komen yang mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem "Innocence of Muslims" dalam laman Twitternya, Ngeh Koo Ham pun meminta maaf pada Khamis lalu.

“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan ‘tweet’ saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” kata Pengerusi DAP Perak itu dalam kenyataan satu perenggannya.

Begitu mudah Ngeh ingin memadamkan api kemarahan umat Islam negara ini terhadap komen beliau yang di anggap amat tidak sensitif dan bersifat provokatif.

Dalam komen Twitter Isnin lalu, Ngeh melontarkan persoalan kenapa orang Islam harus buang masa dan tenaga membantah tindakan seorang individu yang menerbitkan sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Persoalannya mengapa Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dan juga ADUN Sitiawan mengambil masa terlalu lama untuk memohon maaf dan menyedari keterlanjuran kata-katanya tersebut.

Alangkah ceteknya pengetahuan Ngeh mengenai Islam yang sudah menjadi rakyat negara ini dan bercampur gaul dengan masyarakat berbilang kaum lebih daripada setengah abad hidupnya?

Adakah selama beliau berada di bumi Malaysia ini tidak terlintas langsung untuk menyelami perasaan serta memahami latar belakang bangsa lain dari segi budaya dan agama selain sifat kecinaan dan agama Kristian yang dianuti.

Lebih daripada itu, komen beliau telah menyingkap kepada rakyat sikap sebenar pemimpin-pemimpin DAP yang tidak boleh mengikis sentimen perkauman yang tebal walaupun cuba menutupnya seboleh mungkin.

Malangnya sungguhpun DAP cuba menjadi harum di mata orang Melayu untuk menutup bau perkaumannya namun bak kata peribahasa Melayu, mulut bau madu, pantat bawa sengat.

Sesekala tersembur juga kalimat-kalimat yang mencerminkan nilai anti-Islam, anti- Melayu yang tersirat di lubuk hati pemimpin DAP seperti Ngeh.

Apatah lagi komen Ngeh itu secara langsung telah mengejutkan sekutu DAP iaitu PAS dan PKR ketika parti itu mendabik dada dan berlagak sombong dan bongkak bahawa rakyat kini menyokongnya.

Lebih parah lagi ia berlaku semasa musim Pilihan Raya Umum ke 13 sudah hampir.

Pemimpin PAS dan PKR berdiam diri dan tidak menempelak Ngeh atas kenyataan beliau itu kecuali seorang dua.

Kalau ada pun ia tidak lebih daripada melepaskan batuk di tangga, jangan dikatakan tidak ada langsung teguran.

Ini membuktikan PAS dan PKR berada dalam keadaan tersepit dan serba salah akibat kenyataan Ngeh itu dan untuk tidak menyimbah minyak ke dalam api, kedua-dua parti mengambil sikap berdiam diri.

Sebenarnya sikap tersebut lagi merbahaya kepada Pakatan Rakyat kerana seolah-olah PAS dan PKR mengabsahkan penghinaan yang dilakukan oleh DAP terhadap Nabi Muhammad SAW.

PKR yang menganuti 'agama' liberalisme dan pluralisme serta menyokong LBGT sudah tentu tidak peduli samada Islam atau Nabi Muhammad SAW di hina atau tidak.

Ini kerana matlamat utama parti itu bukan untuk memperjuangkan agenda Islam dan Melayu tetapi melaksanakan program kuasa asing yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebab itu Anwar sehingga kini membisu seperti orang mati.

PAS pula seperti biasa bersifat hipokrit yang tidak berani langsung menegur DAP yang sudah menjadi taiko.

Di Perak semasa Pakatan Rakyat memerintah selama 11 bulan, yang menjadi Menteri Besar hakiki ialah Ngeh bukannya Nizar Jamaluddin.

DAP muncul juara dalam Pakatan Rakyat apabila memenangi 18 kerusi DUN manakala PAS dan PKR masing-masing enam dan tujuh namun kekangan undang-undang tubuh negeri Perak tidak membenarkan bukan Melayu menjadi Menteri Besar.

Jadi selama tempoh Nizar menjawat Menteri Besar beliau hanyalah keldai tunggangan Ngeh dan sepupunya Nga Kor Ming yang menjadi kuasa sebenar di belakang pemimpin PAS itu.

Melihat kepada kemelut yang membelit DAP akibat keceluparan mulut DAP, orang Melayu sudah sedar betapa busuknya hati pemimpin parti itu terhadap Islam.

Kalau dahulu DAP bersikap anti-Melayu dan Islam tetapi kini bertambah lagi bukti bahawa tidak ada perubahan langsung dalam pendiriannya, malah ia bermuka-muka berbaik dengan orang Melayu. :- Berunag Biru

Orang Melayu Jangan Terpedaya Dengan DAP - Utusan Malaysia


Orang Melayu diigatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam dan ini terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri.

"Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang, Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan PAS.

"Perbuatan Khoo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian DAP sebenar. Mereka hanya berminat mendapatkan undi melayu bukan perjuangan Islam.

"DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims.


Tweet yang berbunyi : "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?"

Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut. "Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka.

"Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini," tegasnya.

Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham.

"Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul?

"Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.

"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.

"Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri," ujarnya.:- Utusan

Apa Tu Abby Abadi..!!! Sapa Yang Fitnah Sapa..!!!


Biar gambar dan video ini berbicara. 




Perdana Menteri Membuat Penafian...




National V-Neck Day Satu Usaha Menghina Islam dan Perlembagaan


Sedang umat Islam terpaksa menangani perangai syaitan produser filem yang tidak ada kerja selain menjadikan dunia semakin tidak selamat, dan sedang kita menangani syaitan di tempat sendiri, iaitu Ngeh Khoo Ham atau DAP atas sikap tidak sensitif dan pandangan sembrono mengenai protes terhadap filem tersebut, kita jangan sekali-kali terlepas pandang akan ancaman syaitan yang satu lagi yang bukan sahaja disasarkan kepada agama kita, tetapi juga nilai-nilai kekeluargaan, moral dan juga kemasyarakatan secara keseluruhannya – iaitu ancaman sindrom lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Jika tidak silap, hanya beberapa tahun kebelakangan ini masyarakat kita mula menyedari betapa seriusnya ancaman LGBT di negara ini walaupun telah dikejutkan mengenainya lebih awal iaitu, lebih kurang 10 tahun sebelumnya, selepas kes liwat Anwar Ibrahim hangat diperkatakan.

Dalam jangka masa yang sama juga, golongan LGBT dan para aktivis hak mereka di Malaysia telah berjuang tanpa jemu untuk menyatakan kewujudan mereka dan memaksa masyarakat menerima ‘seksualiti luar-tabie’ mereka. Program Seksualiti Merdeka adalah salah satu dari usaha mereka yang paling berani untuk mempromosi aktiviti paling hina dan jijik itu sebagai sesuatu yang semulajadi.

Hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan aktiviti seperti itu adalah menyalahi undang-undang tidak menghalang mereka dari terus berjuang. Jiwa yang sesat ini merayap di jalan-jalan belakang dan di internet cuba untuk mengumpan mereka yang suci dan naïf, anak-anak muda, agar menyertai mereka dalam kegelapan dunia Sodom dan Gomorrah atau Pompeii moden, di mana undang-undang digubal berdasarkan nafsu.

Bagi mengawal golongan ini dari memaksa cara hidup jahiliah ke atas masyarakat kita, kerajaan dikatakan telah mengeluarkan garispanduan untuk mengesan simtom LGBT di kalangan murid sekolah. Antaranya, kegemaran memakai baju berkolar V, warna terang mungkin merupakan petanda seorang budak lelaki itu terlibat dalam gejala gay.

Akibatnya, ia telah mencetuskan kekecohan di kalangan gay, para penyokong dan pensimpati mereka. Malaysia telah dikritik oleh media barat dan juga media gay/LGBT di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, pejuang hak LGBT telah bertindak mempermainkan garispanduan tersebut dan kerajaan juga.

Bagi mereka, garispanduan tersebut adalah merepek kerana seksualiti seseorang tidak dapat dan tidak harus dinilai melalui fesyen atau warna pakaian.

Penulis harus mengaku bahawa mereka punya hujah yang baik di situ walaupun penulis diberitahu bahawa ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa gay memang gemarkan fesyen sebegitu, supaya senang mengesan sesama mereka.

Cuma masalahnya ialah, walaupun hujah mereka mengenai fesyen tersebut boleh digunapakai, ia bukan merupakan alasan sebenar bagi mereka mempermainkan garispanduan tersebut dan juga kerajaan.

Alasan sebenar mereka ialah untuk mempermainkan segala-galanya yang menyatakan bahawa LGBT adalah satu kesalahan dan satu dosa.

Untuk ini, mereka telah mengambil langkah yang keterlaluan kerana ia juga bermakna yang mereka mempermainkan Islam, nilai kekeluargaan dan moral yang menjadi tunjang masyarakat yang sihat dan berperaturan.

Yang mana juga membawa makna bahawa mereka secara terbuka mencabar perlembagaan dan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Justeru, apakah perbezaan antara pejuang hak LGBT ini dengan Nakoula Basseley Nakoula, si syaitan yang menerbitkan filem Innocence of Muslims? Bukankah mereka sama-sama mempermainkan dan mencabar umat Islam? Islam? dan ajaran Al-Quran?

Pejuang LGBT dan juga pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik telah menyuarakan bahawa tindakan mempermainkan garispanduan itu sekali gus menunjukkan yang masyarakat memprotes diskriminasi terhadap LGBT.

Mengambil langkah yang lebih jauh lagi, para pejuang ini merancang sebuah program yang lebih besar untuk meluahkan kelucuan mengenai ‘garispanduan untuk mengesan gay melalui fesyen’. Program ini dipanggil National Wear V-Neck Day di mana semua orang diseru untuk memakai baju berkolar V untuk mempermainkan kerajaan.

Program ini yang dirancang diadakan pada 1 Oktober telah pun menerima lebih 1700 pendaftaran melalui Facebook.

Jika ini belum cukup untuk membuktikan tujuan sebenar mereka, Reverend O Young Wen Feng (juga dikenali sebagai Ngeo Boon Lin), seorang padri gay dari Malaysia yang berkahwin dengan pasangan gaynya di Kuala Lumpur Ogos lalu juga telah menandatangi program ini di facebooknya.

Dengan itu, adalah jelas bahawa ia bukan berkenaan ‘garispanduan yang merepek’, tetapi berkenaan ‘mempromosi dan memperjuangkan hak LGBT’.

Ia adalah berkenaan menyatakan bahawa ajaran Islam itu salah. Ia juga tentang menyatakan bahawa kepimpinan Islam adalah penghalang kepada kebebasan total. Ia tentang undang-undang mengenai homoseksual adalah lapuk dan ketinggalan zaman, sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim.

Jika garispanduan kolar-V adalah merepek, maka National Wear V-neck Day adalah tidak lebih dari mengangkat sesuatu yang merepek ke tahap yang lebih tinggi.

Pejuang LGBT mungkin mampu mendapatkan beribu-ribu hadirin ke program yang merepek tersebut tetapi ingatlah bahawa ibubapa di Malaysia yang menentang carahidup LGBT adalah berjuta – dari semua kaum dan agama.

Masyarakat LGBT di seluruh dunia mungkin boleh mempermainkan Al-Quran atau garispanduan yang dibentangkan kerajaan Malaysia, tetapi majoriti rakyat Malaysia yang rasional dan normal, akan berdiri teguh di belakang kerajaan yang prihatin terhadap anak-anak dan keluarga kami. Lagipun apalah yang kerajaan bimbangkan akan tuduhan ‘merepek’ yang dilemparkan oleh golongan luar tabie? Apakah yang lebih merepek dari menganggap perkara luar tabie itu sebagai semulajadi?

Apa Pendirian NGO BERSIH, Takkan Senyap Saja Kot?


Sedang ramai pihak dari pelbagai NGO dan parti politik serta orang perseorangan menyuarakan bantahan terbuka terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.a.w, terdetik pula pertanyaan ke mana perginya suara NGO BERSIH dalam isu ini?

Melihat pada struktur organisasi NGO tersebut yang antara lainnya membariskan beberapa nama terkenal yang beragama Islam seperti Hishamuddin Rais, A. Samad Said, Maria Chin dan lain-lain, patutnya wajar sekali untuk NGO terbabit turut tampil menyuarakan pendirian rasmi mereka.

Sebelum ini asal sahaja timbul perancangan untuk membuat perhimpunan besar berunsur politik dan pro pembangkang di ibukota, berminggu-minggu berbulan-bulan sebelum tarikh perhimpunan sudah beratus-ratus kenyataan sokongan dikeluarkan oleh pemimpin NGO BERSIH yang beragama Islam.

Sekarang dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam yang suci ini, walaupun sudah masuk minggu kedua isu filem Innocence of Muslims riuh rendah diperkatakan oleh masyarakat seluruh negara dan dunia, namun satu patah kenyataan pun tak kedengaran dari geng-geng BERSIH.

Selaku Pengerusi Bersama NGO BERSIH, patutnya dah lama A.Samad Said menyuarakan pendirian rasmi sama ada bersetuju dengan motif penghinaan yang dipaparkan oleh filem Innocence of Muslims itu atau turut sama membantahnya sama seperti orang Islam yang lain.

Takkanlah nak kena tunggu lampu hijau dari Ambiga Sreenevasan dulu? Jika demikian tiada gunalah A.Samad Said menjawat kedudukan sebagai pengerusi Bersama NGO BERSIH, tak begitu?

Atau barangkali isu ini tak memberi keuntungan untuk pakatan pembangkang agaknya. Takpun, disebabkan tiada tajaan fulus mulus ratusan ribu RM untuk mereka maka sebab itu pemimpin muslim dalam BERSIH hanya berdiam diri sahaja?.

Jika nak dikatakan isu penghinaan oleh filem murahan ini terhadap Islam langsung tiada kena mengena dengan polisi dan dasar NGO BERSIH, orang lain juga akan mempertikaikan apa kaitannya berbaju kuning dan berdemonstrasi di malam sambutan kemerdekaan yang mereka anjurkan tempohari.

Demi untuk melampiaskan nafsu politik kepartian pembangkang A.Samad Said yang juga adalah Sasterawan Negara sanggup bersuara mempromosikan demonstrasi BERSIH 3.0 yang serba ganas sebelum ini, kenapa tidak kali ini?

Setidak-tidaknya tunjuklah sedikit keprihatinan selaku orang Islam dan rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan tegas membantah kebiadapan yang dipaparkan oleh filem tersebut.

Takkanlah tiada sekelumitpun perasaan terguris atau sensitiviti di hati A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais untuk bersuara berhubung isu ini. Senyap sunyi saja maknanya seperti setuju dengan motif cerita filem Innocence of Muslims yang memperlekeh dan menghina Nabi kita.

Kita harap selepas artikel ini dibaca oleh mana-mana balaci NGO BERSIH, akan terdetiklah idea untuk mereka mengusulkan saranan segera meminta A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais hadir ke mana-mana perhimpunan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat

Adakah PAS Setuju Hudud Tidak Baik Untuk PR?


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh nampaknya tidak pernah gentar dengan mana-mana pemimpin PAS terutama sekali dalam hal melibatkan pendirian tegasnya yang menolak secara total angan-angan PAS untuk mendirikan negara Islam mahupun merealisasikan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut Karpal, pendirian PAS untuk melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. Tambahnya lagi, "PAS perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata".

Satu kenyataan yang ringkas dan tidak berlapik secara langsung mewakili pendirian DAP yang sebenar-benarnya dalam isu ini.

Kelihatannya seperti DAP pun amat menyedari tujuan PAS mempropagandakan isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik kepartian sahaja dan tidak lebih sekadar retorik semata-mata.

Entah apa reaksi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat setelah membaca kenyataan tersebut yang bukan sahaja mencabar kewibawaannya malah turut bernada sinis memperlekehkan angan-angan PAS berkaitan hukum hudud yang dianggap sebagai satu retorik politik semata-mata oleh DAP.

Kita harap Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan tidak melatah sebagaimana kebiasaannya sebelum ini dengan mengalihkan perhatian ramai berkenaan isu hudud itu dengan menyalahkan UMNO atau Kerajaan Pusat.

Harapnya untuk sekali sekala Nik Aziz dan semua pemimpin PAS dapat menunjukkan sikap gentleman menjawab kritikan Pengerusi DAP itu.

Setidak-tidaknya PAS perlu mengambil langkah tegas dan segera dengan mengikrarkan secara terbuka dan rasmi bahawa parti itu tetap jua akan melaksanakan hukum hudud seandainya PR menang dalam PRU 13 nanti sekalipun mendapat bantahan dari DAP.

Atau paling lekehpun, PAS patut berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan calonnya bertanding di minima 150 kerusi Parlimen supaya sekiranya menang kesemuanya dapatlah mengubah suai perlembagaan negara demi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud. Tapi beranikah PAS bertindak sedemikian dengan melanggar arahan abang besarnya DAP yang sekarang ini memegang talian hayat untuk survival PAS di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang pengundinya bercampur dan sedang disandang oleh ramai pemimpin PAS pro Anwarinas?

Tergamakkah PAS menonjolkan dirinya sebagai ketua dalam PR selanjutnya menguasai lebih separuh kuota pembahagian kerusi Parlimen di antara parti-parti dalam PR untuk ditandingi dalam PRU 13?

Tentu sekali tidak. PAS tidak akan sanggup menjadi ketua dan menguasai pembahagian kerusi Parlimen kerana sifat kewujudan PAS sejak dulu sudah termaktub sekadar menjadi alas kaki kepada parti pembangkang lain.

PAS mahupun Nik Aziz sendiri juga tidak akan sesekali berani mempertahankan angan-angannya untuk melaksanakan hukum hudud. PAS juga tidak akan sanggup mengasingkan dirinya dari PR demi kerana hudud.

Bukan sahaja kerana isu hudud itu sendiri adalah retorik PAS semata-mata, tapi juga kerana hakikatnya PAS juga tahu realiti semasa belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Sudah acapkali PAS tunduk diam mengikut sahaja arahan abang besarnya asal sahaja isu hudud menggugat PR dan tiap kali itulah selepas sesatu mesyuarat tergempar PR berkaitannya, PAS akan berbelit lidah seterusnya orang lain pula dijadikan kambing hitam.

PAS juga tergamak mengecam bekas Timbalan Presidennya sendiri hanya semata-mata takut kenyataan tegas Nasharudin Mat Isa berkaitan isu hudud bakal menjejaskan hubungannya PAS dengan DAP. Sayangnya PAS pada DAP sehinggakan Mursyidul Am PAS sendiri sanggup boikot mesyuarat Majlis Syura yang sepatutnya dipengerusikannya sampai tamat.

Bila sudah sedemikian rupa, janganlah salahkan rakyat bila ramai berkongsi ppendapat bahawa PAS akhirnya akan setuju dengan pandangan DAP bahawa isu hudud tidak mendatangkan kebaikan kepada PAS dan PR.

Seterusnya seperti biasa, PAS akan menyalahkan UMNO sebagai punca retorik hukum hudud yang dijajanya gagal direalisasikan. Dan, si balaci serta penyokong PAS akan meneruskan amalan rutin mereka, angguk-angguk tanda setuju pada tipu daya propaganda tersebut.

Mahfudz Mula Berlagak Macam MB Kedah..!!!!


Setahu rakyat Kedah, Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah masih lagi Dato’ Seri Azizan Razak tetapi apabila membaca akbhar Sinar Harian hari ini, terasa seolah-olah Mahfudz Omar telah pun mengambil-alih jawatan tersebut.

Mahfudz telah membuat kenyataan bagi pihak kerajaan PAS Kedah iaitu, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Dengan itu, Mahfudz membayangkan yang Kedah juga mungkin akan mengadakan pilihanraya berasingan. Tanpa menyebut atau merujuk kepada Dato’ Seri Azizan, Mahfudz kemudian mengeluarkan kenyataan berikut, "Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah.

Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," Soalnya, di manakah kedudukan Dato’ Seri Azizan di mata Mahfudz? Apakah benar perkara mengenai calon ini telah dibincangkan dengan beliau atau tidak?

Yang rakyat Kedah tahu ialah, Azizan sendiri tidak pernah mengulas panjang mengenai perkara ini dan hanya memberi respon bahawa beliau hanya bertindak memberi laporan tentang kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas Pusat.

Secara umum, Dato’ Seri Azizan nampaknya begitu berhati-hati dalam memberi jawapan mengenai pilihanraya Kedah tetapi Mahfudz tampak lebih yakin dan berkuasa untuk menentukannya. Malah kelihatan seolah-olah Mahfudz juga lebih berkuasa untuk menentukan calon.

Sudahlah di Wisma Darulaman kedengaran rungutan bahawa terdapat EXCO yang berlagak lebih dari MB sendiri sehinggakan isterinya juga lebih berkuasa dari To’ Puan Seri, isteri MB sendiri. Isteri EXCO ini juga dikatakan gemar berada di pejabat suaminya dari di rumahnya, dan mengarah-arah orang sekeliling.

Kini, Mahfudz pula dilihat sebagai lebih MB dari MB dalam membuat kenyataan di media. Senario ini menunjukkan dua kemungkinan iaitu kerakusan pihak yang ingin menjatuhkan Azizan atau kelemahan Azizan sendiri dalam mengawal politik PAS Kedah. Namun, apa yang dapat dilihat ialah senario ini terjadi akibat gabungan kedua-duanya iaitu kerakusan musuh-musuh Azizan serta kelemahan dirinya sendiri.

Sumber memberitahu bahawa Mahfudz telah pun menjalankan strateginya sendiri dengan memanipulasi dan mempengaruhi PAS Pusat untuk meletakkan calon-calon pilihannya dalam PRU nanti di Kedah. Mungkinkah kenyataannya yang ‘mewakili’ PAS Kedah di atas bermakna yang PAS Pusat telah ‘merestui’ Mahfudz menggantikan Azizan?

Malanglah rakyat Kedah jika terus berMenteri Besarkan Azizan, tetapi lebih malang lagi jika berMenteri Besarkan si Mahfudz, bekas porter yang tidak lulus SPM. Bayangkan, Mahfudz tidak tahu walaupun untuk membezakan antara ‘ketakutan’ dan ‘keberanian’. Dalam kenyataan di media yang sama, Mahfudz menuduh Dato’ Seri Najib sebagai ‘takut’ dengan PR. Katanya, "kenyataan yang dibuat Najib iaitu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan "survival" Melayu menunjukkan yang BN cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti”.

Tetapi di masa yang sama, Mahfudz juga berkata bahawa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak. Jelas, yang takut adalah PR dan bukan BN.

BN telah pun bersiap sedia untuk menghadapi PRU tetapi PR yang berlengah-lengah, ingin membeli masa. Jika benar berani dan yakin yang rakyat bersama mereka, kenapa gusar untuk mengadakan pilihanraya serentak di negeri-negeri yang diperintah mereka?

Apakah alasan untuk melambatkan lagi PRU jika bukan kerana takut masih belum dapat meraih sokongan majoriti rakyat? Jelas, Mahfudz membuat kenyataan tanpa berfikir. Sekurang-kurangnya, kalau Mahfudz ingin berlagak berani sekali pun, biarlah ia berdasarkan kenyataan yang konsisten. Dan kalau ingin bermimpi menjadi MB Kedah pun, sekurang-kurangnya berusahalah untuk lulus SPM terlebih dahulu.

Kita tidak mahu nanti Kedah malu bila berhadapan dengan pelabur-pelabur, duta-duta atau kerajaan asing dan kita juga tidak sanggup Kedah terus mundur dan akhirnya hancur

PAS Menberi Hidayah Kepada Saya - Abby Abadi


Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.

 Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.

 “Agama sentiasa ada dalam hati saya. “Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 100 penduduk dan penyokong Pas di Hulu Bernam.

 Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik. Berubah jadi baik tu memang bagus.., cuma yang tak bagusnya ialah anggap politik tu sebagai agama.. Itu maknanya berubah jadi lebih teruk.., bukannya lebih baik Abby oiii...MPP

Briyani Percuma Untuk LGBT: Bukti Kerja-kuat Pemimpin PR Berjaya

<b>Looking good for food:</b> Herukh (second from right) giving away free briyani to (from left) Pang, Loh and Jerome Kugan at Fierce Curry House in Bangsar Utama.

Akhbar The Star semalam menyiarkan laporan mengenai sebuah restoran di Bangsar Utama, Fiercer Curry House telah menawarkan hidangan briyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg tangan lelaki.

Tawaran itu adalah bersempena memperolok garispanduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian.

Amatlah malang apabila garispanduan yang dikeluarkan dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga dipermainkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Pastinya, yang mempermainkannya adalah mereka-mereka yang langsung tidak kisah jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sebegini.

Antara yang menikmati briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti Merdeka. Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa.


Mengulas mengenai tawaran ini, pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas reaksi umum yang didakwanya ‘mentertawakan’ garispanduan tersebut. Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata dan melihat takrif ‘umum’ hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja. Ini kerana soal LGBT sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari semua lapisan kaum dan agama. Jika benar kerajaan ada mengeluarkan garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya.

Hakikatnya, ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula.

Fenomena ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai tokoh atau wira, kononnya yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT.

Antaranya ialah tidak lain tidak bukan, peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara ‘orang kuat’ dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT. Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram di mana jurucakap Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan program tersebut pada tahun 2011. Selain itu, perlu diingatkan bahawa antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam.

Soalnya, apakah persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia?

Ya, mereka semuanya punya kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Gerak langkah mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Dan soalan seterusnya, kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu ‘intim’ dengan PR dan menentang kerajaan?

Tentu sekali kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara ini. Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu iaitu bahawa ‘undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan perlu dikaji semula’.

Sebenarnya, bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangka. Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian ‘terbuka’ kepada idea-idea barat asalkan jangan ‘hudud atau Negara Islam’.

Memandangkan PAS terus berdegil ingin sehidup semati dengan PKR dan DAP, maka tidak salah jika kita katakan bahawa PAS juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini. Malah, PAS sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan dan mengsabotaj imej negara.

Tidak mungkin PAS langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf.

Nampaknya, perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis Peguam dan juga PR termasuk PAS, iaitu untuk membuka mata masyarakat agar menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan. Kerana itulah, hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara terbuka dan mendapat sambutan ramai pula.

Untuk itu, perlukah kita mengucapkan tahniah kepada PR? Dan perlukah kita mengucapkan tahniah juga kepada PAS kerana membantu menjayakan agenda syaitan ini?

Justeru, ke manakah arah Malaysia jika diperintah oleh PR? Pastinya ke neraka - dunia dan juga akhirat.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive