Guan Eng Cuba Mengalihkan Isu Penjualan Tanah..!!!!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak tidak berterusan mengelak menjawab dakwaan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN) berkaitan isu tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, dekat sini.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng perlu bersikap telus dalam menangani isu terbabit dan tidak mengungkit cerita lama bagi melepaskan diri daripada dakwaan yang dilontarkan.

Menurutnya, Guan Eng dilihat cuba mengalihkan isu penjualan tanah seluas 0.45 hektar itu yang sepatutnya dibangunkan untuk projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua tetapi dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat.

"Guan Eng cuba mengalih isu dengan mengungkit kisah penjualan tanah di Tanjung Tokong yang berlaku pada tahun 1980-an, Lebuh Raya Jelutong (kini Lebuh Raya Tun Lim Cheong Eu) pada 1996 dan isu tanah Batu Kawan pada 2003.

"Tetapi beliau jangan lupa kita juga boleh korek cerita lama antaranya janji yang dilontarkan bapanya, Lim Kit Siang mengenai tabung pendidikan tinggi dan beberapa tabung lagi yang ditubuhkan DAP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengikut cadangan asal kerajaan BN sebelum ini, tapak kosong di Taman Manggis itu diperuntukkan bagi pembinaan 272 buah rumah mampu milik fasa kedua selepas 320 buah pada fasa pertama siap beberapa tahun lalu.

Menurut Cheng Liang, DAP tidak pernah mengumumkan apa yang berlaku terhadap tabung pendidikan tinggi serta beberapa tabung lain dan meminta mereka juga bersikap telus dalam hal tersebut.

Jelasnya, jika Guan Eng mendakwa tanah di Taman Manggis terlalu kecil untuk pembinaan PPR bagaimana ia mampu menampung bangunan 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.

"Saya harap Guan Eng tidak terus melatah dengan menyalahkan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow atau pihak yang mendesaknya menjawab dakwaan itu, tetapi harus lebih terbuka menerima kritikan.

"Saya tidak mahu beliau terus mengorek isu yang sudah berlalu tetapi tumpukan perhatian kepada isu yang berlaku sekarang," katanya. Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive