Azalina Mengamok Dengan Nurul Izzah Di Parlimen..!!!


Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang. Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.



Nurul Izzah dilihat silap memilih lawan dalam gelanggang silat tatkala pertikaman lidah dengan itu menyebabkan anak emas Anwar ini tergamam seketika.

Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia itu juga mengesahkan bakal mengheret Mazlan Aliman ke Mahkamah dengan menyerahkan bidang kebijaksanaan peguamnya sebagai langkah susulan.

5 comments:

Anonymous said...

amekaw!!!!

Anonymous said...

padan muka ko setan!

Anonymous said...

lawan tetap lawan, azalina ialah lawan sebenar..........

Anonymous said...

Azalina...kakakakaka...jantan yg bukan jantan,betina yg bukan betina.....

Anonymous said...

biasalah...dah dekat pilihanraya ni...kenalah berkokok sikit...nak bagi tau masih ada lagi...kah..kah...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive