Penghuni Pangsapuri Selayang Height hari ini bertindak menuntut hak mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor berhubung pemberian air percuma.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan penduduk (memfailkan saman) bertujuan untuk mendapatkan hak mereka yang selama ini sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.
"Kita (GPRS) bersama rakyat ingin menegakkan hak mereka. Rakyat terutamanya di Selangor mula sedar mereka ditipu kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji," katanya ketika sesi penerangan kepada penduduk di sini hari ini.
Selain itu, Sohaimi turut menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukan oleh penduduk bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri.
"Ini bukan tindakan GPRS mahupun UMNO, tetapi atas kesedaran rakyat yang selama ini merasa tertipu dengan permainan politik parti pembangkang yang bertopengkan slogan 'Kerajaan Berkebajikan'," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Selayang Heights, Adnan Ahmad berkata, penduduk mula rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang dilihat tidak serius dalam menepati janji.
" Tunaikanlah janji ketika manifesto pilihanraya lepas," katanya.
0 comments:
Post a Comment