Beliau mendakwa, ramai pihak khususnya pemimpin UMNO tersilap sangka kerana tidak faham ajaran Islam serta tidak membaca dan menghayati al-Quran.
"Sekarang orang sibuk memperkatakan doa UMNO K.O., mereka ingat kita berdoa supaya Allah turunkan bala macam banjir dan sebagainya.
"Kalau minta turun bala begitu, bukan mereka sahaja yang mati, kita pun akan mati juga, maksud doa itu agar rakyat tidak beri undi mereka (kepada BN), maka akan selesai, habislah UMNO.
"Kita mahu rakyat pilih dan pangkah gerakan Islam, inilah yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW, bukan (fahaman) kebangsaan, bukannya kita nak suruh turun bala, tapi puak-puak ini tidak faham kerana dia tidak baca al-Quran," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Nik Razi sebelum ini membaca doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini.
Dalam masa sama, Nik Abdul Aziz turut menafikan mendakwa UMNO murtad sebaliknya menjelaskan tuduhan itu sengaja dibuat akhbar Utusan Malaysia.
"Minggu lepas kata Nik Aziz kata UMNO murtad, ini bukan Nik Aziz yang kata, tapi Utusan Melayu (Malaysia) yang kata, puak-puak ini hanya kira nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya.
Akhbar ini pada Isnin lalu melaporkan Nik Abdul Aziz telah memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Laporan tersebut yang merupakan hasil sidang akhbar bersama Nik Abdul Aziz pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 turut dilaporkan akhbar arus perdana lain serta portal berita internet namun hanya Utusan Malaysia yang ditempelak Pas sebagai menyiar berita 'bohong'. Utusan
0 comments:
Post a Comment