Rafizi Penipu..!!!



Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli kelihatan kurang selesa dengan soalan yang diajukan oleh wartawan berhubung paparan visual didakwa anak kepada seorang menteri yang diadakan di Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang semalam.

Persoalan yang menimbulkan rasa kurang senang kepada pengarah strategi parti pembangkang itu berlarutan sehingga ke pintu keluar bilik tayangan.

Wartawan portal Agenda Daily, Lukman Abdullah mendesak Rafizi untuk menjawab berhubung ketiadaan paparan visual anak menteri terbabit, namun tiada jawapan diterima.

Menurut Rafizi, biar rakyat menilai sendiri (klip video) dan wartawan perlu tentukan (dalam bentuk penulisan).

"Pihak media seharusnya memainkan peranan dalam isu ini," katanya selepas sesi tayangan tujuh klip video mengenai keluarga Nedim yang juga merupakan anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz.

Dalam klip video yang ditayangkan, tiada paparan visual anak menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa keluarga Dato' Seri Nazri Aziz mendapat habuan kewangan dalam bentuk kenderaan mewah dari Michael Chia yang berunsur rasuah.

Sehubungan dengan itu, Rafizi mencabar menteri berkenaan supaya menfailkan saman terhadap beliau sekiranya pendedahan tersebut adalah fitnah, katanya selepas ditanya pemberita berhubung kenyataan Nazri Aziz yang menafikan tuduhan tersebut di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu Rafizi turut diminta mengulas mengenai satu klip video Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan 'besi' sepertimana kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang lalu,

"Video yang ditayangkan pada hari ini tidak semestinya mahu dijadikan sebagai bahan bukti bahkan berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan," tegasnya.

Tambahnya, laporan kepada SPRM akan dilakukan pada minggu hadapan namun, lokasinya (pejabat SPRM) masih belum ditentukan lagi. KLPOS

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive