"UMNO MURTAD" - NIK AZIZ CUBA MENAFIKAN KATA-KATANYA!!!!


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin terdesak untuk menanag PRU 13 dengan melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.

Nik Aziz mengatkan, mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad, adakah PAS yang juga telah murtad kerana parti islam itu juga memperlekehkan UMNO parti orang melayu dan juga beragama islam..?

"Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah...macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?

"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? bila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

Nik Aziz telah pun menjatuhkan hukum mengatakan UMNO murtad tepai belaiu cuba menafikan kenyataannya walhal terang-terang Nik Aziz mengatakan UMNO murtad...!!!

"Tak kira siapa pun...tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad...murtad lah.

"Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna... (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna...dia murad."

: "Tak lekeh apa dia buang Islam."

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

15 comments:

Anonymous said...

Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

Anonymous said...

Makin nyanyuk orang tua kutuk ni. Sengaja Allah beri dia istidraj - nampak sihat supaya dia mengutuk orang lain, sampai satu ketika dia akan dilaknat selaknat-laknatnya.

UMNO tolak cara keisleman yang dibawa PAS, sebab tu UMNO dikatakan murtad dan sesat. Namun insya Allah doa laknat tu akan diterbalikkan semula kepada PAS dan fuckatan. Allah tak akan memakbulkan doa orang-orang yang munafik yang suka menipu.


Anonymous said...

Apakah sebenarnya yg dimaksud oleh orang tua ini "umno menolak islam?" selama ni kita dihalang ke mengerjakan suruhan agama? kita solat dalam kuil ke? kerajaan tak benarkan kita membaca alquran ke? Tak leh azan macam singapore tu? negara ni ramai yg hafiz dan belajar di-sekolah berteraskan islam kerana dokongan oleh kerajaan yg sedia ada. nak tanya tok nicky, dia dihalang bersolat ke kalau dia berada di mana-mana tanah di negara ini?

Anonymous said...

Tok Nick ckp UMNO tolak Islam ...sbb masjid sikit sgt kat Malaysia ni, jd dia dan anak dia slalu tunjuk kat org, dia solat kat padang, dalam semak. Riak sungguh org tua ni.

Anonymous said...

SI TUA KUTUK NI ASYIK TUDUH UMNO TOLAK ISLAM, UMNO TOLAK ISLAM HANYA ATAS SBB NAMA UMNO TAK ADA ISLAM WALAUPUN BERTINDAK ATAS KEPENTINGAN ISLAM BERBANDING DGN PAS, HABIS TU, YG DIA SAYANG SGT DGN PKR DAN DAP YG JELAS2 TAK ADA NAMA ISLAM DAN BERTINDAKPUN BUKAN ATAS ISLAMIK APA PULA KISAHNYA?

Anonymous said...

Bawa banyak beristigafar, semoga Ustaz Nik Aziz mendapat hidayah semula dari Allah yang Maha Esa. Kenyataan beliau buat itu sudah jauh menyimpang dari akal fikiran yang sederhana sifatnya. Kita sebagai seorang muslim tidak bebas dari melakukan dosa, tetapi perbuatan mendoakan menjatuhkan orang islam lain kerana berbeza idelogi politik amat dikesali dan menyedihkan. Kita seakaan terbawa2 kembali ke zaman jahiliah...Apa ertinya kemenagan dalam pilihan raya itu kalau kesatuan umat islam dan melayu itu berpecah.

Anonymous said...

Tok guru sy pernah berpesan jika seorg pejuang islam semakin berjuang semakin terhina mesti ada sesuatu yg tak kena pd perjuangannya.. Aku tgk N.ajis ni mkn lama makin terhina dimata masyarakat sehingga ada yg menggelarkannya "father of kafir"..

Anonymous said...

biar lah dia nak kata apa pun ......sebenarnya dia buang tabiat.......tak sempat mengundi pru 13

Anonymous said...

nabi muhammad saw telah berpesan berpeganglah pada AL-QURAN dan HADIS(sunah)kamu tak kan sesat(murtad)sampai ahkirat(mati).......jd mengapa tuan guru nik aziz kata org UMNO murtad saya percaya org umno dan pas sama jer boleh mengucap 2 kalimah allah, solat 5 waktu, puasa, bayar zakat and kerjakan haji. tang mn beza org umno murtad.... bg pendpt saya nik aziz ne belajr agama x abis cth munkin sem berapa x tau... tu nik aziz celaruan mengeluarkan fakta ikut hati (firasat) jer x rujuk al-quran & hadis..............

Anonymous said...

Ayat tang mana nik aziz ckp UMNO murtad? Yg dicakapnya sesiapa yg tolak islam tak kisah la samada parti mana pun, maka dia murtad. Org UMNO samada bengap atau sengaja buat2 xpaham.

Anonymous said...

Islam ni kalau kita tolak separuh, gunapakai separuh maknanya tolak Islam la tu. Solat pun kalau kita tak buat 1 rukun wajib, solat tu tak sah. Puasa, jika seharian kita tak makan, tp dkt2 nk berbuka, kita minum air setitik dgn sengaja, batalla seluruh puasa tu.

Anonymous said...

Nik Aziz hanya menyoal, jika UMNO tidak mengguna pakai dasar Islam, maka dasar agama apa yg dipakai. Itu hanya dalam bentuk pertanyaan, bukan 1 kenyataan. Org UMNO lah pula patut jawab, dia ambil dasar agama apa. Tp UMNO siang2 melenting ckp Nik Aziz tuduh UMNO murtad.

Anonymous said...

Anon separuh masak 1:17,

Cer citer sikit UMNO tolak Islam tang mana. Hudud? PAS nak masuk 25 tahun pegang Kelantan apasal tak laksana hudud? Maknanya PAS murtad.

Cer citer.

Anonymous said...

Anon 1:22,

Apa awak ingat kami terlalu bangang hingga tak dapat beza ayat penyata dgn ayat tanya? Apa awak ingat kami kenal N.Aziz & Hadi Awang baru sehari dua?

Anonymous said...

Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah...macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?
tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai?
bodoh org pas ni
dah terang nik aziz cakap benda ni
ngape pulak tak paham
nik aziz ni kaki belit
banyak kali dia cakap kemudian dia nafikan
ambo tak penah kata ahli umno, tapi penyokong lain
ni basa melayu ni
tak leh paham ke
kata2 macam ni pada nik aziz biasa aje
tu sebab bila hadis nabi tujukan maksud sejahat2 umat dibawah kolong langit ni, dia tujukan org yg mengaku ulamak tok guru macam nik aziz ni. dia ni mampu menyesatkan ramai org, terutama yg bodoh macam org pas.
org pas ni bodoh, kalu tak mana mungkin dia sokong pas.
pas mengaku dia islam, pada pandang org berilmu pas ni aliran khawarij. nabi akan perangi kalu dia masih ada.
ciri2 khawarij jelas terlihat dek perangai nik aziz ni. kalu nabi pun nak perangi, orang pas tak rasa takut ke atau masih perasan dia tu betul.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive