Anwar Ibrahim Mengamok Ceramah Di Gombak..!!!


Rakyat di kawasan Parlimen Gombak sudah muak dengan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan pentas ceramah sirinya menabur janji yang telah terbukti tidak berkemampuan untuk dilaksanakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain berkata, rakyat di beberapa kawasan Parlimen Gombak tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar yang di dakwa beliau bukan sahaja tidak mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu, malah membuat pertuduhan berbentuk fitnah melampau terhadap kepimpinan Negara.

"Kita tidak mengalu-alukan Anwar Ibrahim datang ke kawasan Gombak ini kerana rata-rata penduduk kawasan ini menolak kehadiran beliau.

"Pertamanya beliau datang ke sini untuk memutarbelit pemikiran rakyat di kawasan Gombak ini. Kedua, ucapannya lebih berkisarkan kepada fitnah berterusan yang akhirnya memburuk-burukkan pemimpin Negara," katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selesai memantau Demontrasi Bantahan Siri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR di Batu 8 di sini hari ini.

Ceramah tersebut telah diadakan di hadapan lokasi Program yang dianjurkan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Gombak. Pertembungan ini telah mencetuskan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan penyokong kedua-dua parti tercedera yang diantaranya merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak. [ARTIKEL DI SINI]

Beliau juga menegaskan UMNO Gombak tidak menolak apatah lagi menghalang kebebasan mana-mana parti politik untuk melakukan ceramah tanpa sebarang bentuk penipuan dan fitnah terhadap rakyat bagi menutup kelemahan parti masing-masing.

"Kita tidak ada halangan.. Tapi mesti menceritakan hala tuju parti. Bukan dengan cara mencerca dan memfitnah sebagai bahan utama ceramah yang disampaikan kepada rakyat," ujarnya lagi.

Megat Zulkarnain juga yakin sokongan rakyat di kawasan Gombak kembali meningkat dan bakal menawan semula Parlimen dan 3 Dewan Undangan Negeri (Dun) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Sebelum ini, Setiausaha PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som memberi kenyataan bercanggah dengan mendakwa PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan kesemua kawasan Dun di bawah Parlimen Gombak.

3 comments:

melayuangkat said...

Kesian juga mereka ni, kalau tak maki hamun tidak ada MODAL. Maka terpaksalah FITNAH DS Najib suami isteri. Modal mereka AIR LIUR saja. Kalau rakyat tak berhati-hati...KENA JUAL!!!!!!!!!!

Anonymous said...

BETUL TU MELAYUANGKAT, PUAK2 3 BERADIK NI NAIK KERANA BERMODALKAN FITNAH DAN JANJI2 KOSONG. MEMANG TELAH BANYAK RAKYAT DIBELI DENGAN OMONGAN KOSONG YANG BERJANJIKAN BULAN DAN BINTANG TERMASUK SYURGA FREE. TAPI TAK APA SEJAK KEBELAKANGAN NI RAKYAT TELAH MULA SEDAR DAN BERFIKIRAN POSITIF WALAU PUN MEREKA2 INI TIDAK TUNJUKKAN. CUBA TENGOK PEMIMPIN PR YG NO 1 TU MUKANYA PENUH DENGAN MASALAH WALAUPUN DIA CUBA SENYUM, TAPI TIADA CAHAYA DIMUKANYA. BERLAINAN DENGAN PM KITA WALAUPUN BEKERJA SIANG DAN MALAM MUKANYA BERCAHAYA WALAUPUN KEPALANYA AGAK BOTAK SEDIKIT.ITULAH YANG PERLU KITA LIHAT CIRI2 SEORANG PEMIMPIN YANG TIDAK PEDULI APA ORANG LAIN KATA TERHADAPNYA DAN TIDAK SEPERTI ALJUB SIKIT2 SAMAN...POOOOOORAH

Bingai @ Bangang said...

Jom kempen kurangkan lagi anggota PDRM. Isu-isu keganasan seperti macam ini PDRM tak perlu campurtangan. nanti PDRM juga yang akan pecah kereta, pecah kepala. Doa ramai-ramai supaya lebih ramai lagi yang menimpa malapetaka. Kan lebih mudah dan kurang kos? Walau siapa sekali pun yang memulakan, perpecahan dalam orang Melayu dan Umat Islam semakin jelas dan ketara.

GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive