Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela, jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.
Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang, sebuah rumah, peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.
Selama bertahun-tahun kemudiannya apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai? Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja.
Lain-lain janji bulan bintang yang ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja. Tiada hak milik tanah kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan, tiada rumah dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad untuk 282 orang sahaja.
Tapi disebalik semua itu, diam tak diam, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berpeluang pula memiliti lot-lot tanah di kawasan Ladang Rakyat, diikuti dengan isterinya yang turut memiliki tanah di kawasan tersebut.
Tanpa perlu meneroka tanpa setitik peluh jatuh ke bumi, kini Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000 menjadi milik Nik Aziz.
Tiga tahun sebelumnya nama Nik Aziz sudah terpahat pada geran hak milik tanah di Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000. Manakala isterinya turut memiliki tanah di Lot No. 29 juga di Lojing.
Itu belum lagi dikira pemilikan tanah melibatkan berpuluh-puluh pemimpin dan wakil rakyat PAS, rata-ratanya mendapat tanah secara percuma dan jika perlu dibayar pun cukup sekadar melangsaikan bayaran premium yang jumlahnya hanya beberapa ringgit sahaja.
Sudahlah keuntungan dari penebangan kayu balak yang beribu-ribu tan langsung tak dinikmati rakyat, nak merasa nikmat royalti balak pun jauh panggang dari api, kini angan-angan nak memiliki sebidang tanah pun tak kesampaian.
Jauh benar bezanya dengan nikmat para peneroka FELDA yang berpeluang memiliki tanah berekar-ekar luasnya, rumah dan pelbagai keistimewaan lain termasuklah mendapat durian runtuh RM15,000.00 untuk setiap keluarga, namun peserta Ladang Rakyat pula hanya berputih mata sahaja.
Peserta Ladang Rakyat tak pun berubah kehidupan mereka waima nak jadi kaya pun tak tercapai dek akal, sebaliknya Nik Aziz dan kroninya yang sudah 22 tahun menongkat langit pula yang kaya raya hasil mentekedarah tanah di Ladang Rakyat.
6 comments:
memang tak disangka. apabila kebenaran terserlah maka terlondehlah topeng hipokrik dan terserlahlah sifat tamak haloba. arang dimuka menjunamkan diri kelembah maksiat yang hina.
Kerajaan pas kelantan yang di kepalai oleh nik ajis sanggup merampas tanah milik orang melayu yang sebangsa dan se agama dengan dia, sudahlah tanah di rampas, mereka di usir pula keluar dari kampung halaman, syaitan sungguh manusia yang di agap ulama oleh penganut agama pas ni, ikuti luahan penduduk yang tanahnya di rampas oleh syaitan yang bertopengkan ulama ini.
http://www.youtube.com/watch?v=6gkeWVOdFPs
tadbir tanah pon tak reti...ada hati nk urus royalti..
padanlah tabung memali pon lesap..
buat malu nama islam jela PAS ni..
padanlah dorg sebut islam jd isle..adoi..
.Jauh benar bezanya dengan nikmat para peneroka FELDA yang berpeluang memiliki tanah berekar-ekar luasnya,rumah dan pelbagai keistimewaan lain termasuklah mendapat durian runtuh RM15,000.00 untuk setiap keluarga,namun peserta Ladang Rakyat pula hanya berputih mata sahaja. Peserta Ladang Rakyat tak pun berubah kehidupan mereka waima nak jadi kaya pun tak tercapai dek akal, sebaliknya Nik Aziz dan kroninya yang sudah 22 tahun menongkat langit pula yang kaya raya hasil mentekedarah tanah di Ladang Rakyat.
BERCAKAP PASAL KELANTAN NI , PAYAH SIKIT...
WPUN KAT TV KATA KJAAN PAS ITU INI X AMBIK BERAT PSL RAKYAT LA ITU INI TAPI KENYATAANNYA ADALAH, WPUN MISKIN DAN DIBANTU OLEH KERAJAAN PUSAT UMNO/BN, RAKYAT KELANTA TETAP AKAN UNDI NIK AZIZ. SEBAB TU NIK AZIZ BERKUASA SAMPAI LUBANG KUBOR !!!
zuhudnya puak2 pas ni rupenyeee... hancorrr
Post a Comment