Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.
Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.
Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.
Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.
Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.
Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.
Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.
Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?
Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.
Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?
Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.
Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.
Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.
Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.
13 comments:
Biarkan dia nak bertanding. Kali ni beliau pasti akan malu besar kerana PAS akan kalah teruk. Pok Nik tak akan sempat lagi nak bela PAS dan beliau akan mati celek sebelum sempat PRU14 nanti. Matinya dalam keadaan yang amat mengaibkan dalam semua keadaan.
Inikah taraf seorang manusia yg bergelar ulamak???? nyawa masih dikandung badan, tapi bermacam2 gelaran buruk yg dihadapi.......
tepok air didulang kena muka sendiri pun tak sedar diri mudah-mudahan nik aziz celek hati semakin bercelaru semakin tak karuan
nik aziz byk dosa dgn rakyat kelantan..biarkan rakyat kelantan sendiri yg akan menghukum..
Percayalah yg Nik aziz ni akan terus menang dan menjadi MB Kelantan selepas PRU 13.. Rakyat Kelantan yg x nak perubahan.. diaorg ni selesa dgn Nik Aziz ni.. Nik Aziz ni dah mcm maksum.. x boleh ditegur dan dijatuhkan berdosa besar.. pasal dia ulamak besar.. setiap yg diucap umpama fatwa bagi rakyat kelantan.. kita org luar cakaplah apa pun.. tapi mentaliti org kelantan x akan berubah still dgn PAS.. biarkanlah dia.. dia ni pun dah tua & nyanyuk.. kita boleh lihat akal siapa yg lebih cerdas kalau nak bandingkan dgn Tun Mahathir.. fizikal Tun pun lebih baik dari dia..
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama." (Fathir: 28)
situa kutuk tu serupa mcm benda busuk yg ada dlm lubang taik.
“Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. (Qs.28:4)
Percayalah semua si tua nyanyuk ni dlm kubur esok pun masih nk jawatan MB Kelantan lagi krn terlalu taksub dengan duniawi...
aku rasa nik ajis ni Allah x sayangkan dia itu dia terus pnjng umur yg tak bermanfaatkan kpd diri dia sendiri dan org yg sepatutnya dia bimbing, wooow beraninya nik ajis menanggung tanggungjwb berjuta rakyat kelantan ya....
mungkin si tua kutuk ni terkena mcm apa yg disebut dlm hadis (yg UFB baca) dia dipanjangkan usia untuk dia melihat apa yg telah dibuatnya (menipu, membohong, melaknat etc) iaitu "terkena doa saad bin abi waqas..."
artikel ni memang bodoh dan tak masuk akal
article ni mmg bodoh sebab kutuk nik aziz. tgk kalau puji nik aziz, anon December 30, 2012 3:35 PM ni aku rasa bukan main puji lagi... NIK AZiz korang ni mmg gile dah. korang yg tertipu senang ditipu dan diliwat dek nik aziz hahahah.... nik aziz hafalkan 2,3 baris bahasa arab (konon hadis) pakai jubah, pakai serban,simpan janggut maka berduyun2 la manusia bangang ni menyokong dia hahaha.... nate mengong . dia bijak sebab pandai berlakon tapi korang yg bangang lubang taik sebab kena tipu hohoho.... pegi tanya nik aziz tu apa hukumnya pemerintah mcm dia membiarkan rakyat hidup susah??? apa hukumnya pemrintah mcm dia menipu rakyat marhaen dgn projek2 hantu dia ??? apa hukum nya pemerintah mcm dia merompak duit rakyat marhaen kelantan dlm siri ceramah karut dan merompak duit konon utk buat lebuh raya??? lebuh raya mana??? mana pegi duit korang??? mana pegi duit ceramah yang menggunakan peristiwa berdarah memali. org2 PAS patut gali balik kubur org2 memali yg mati KATAK tu sebab diorg la yg cakap org memali yg mati tu MATI SYAHiD. mana tok2 kambing (mendes)korang belajar islam??? kat iran ke??? islam sesat iran tu sebab syiah ngajar kot. korang main sokong je tapi yg salah pun korang sokong, kenapa??? takut masuk neraka ker??? mcm ni laaa... aku cadang kita semua mati dlm islam la JGN MATI DLM PAS !!!!!
Post a Comment