Sabotaj Dalam PKR Dijangka Paling Teruk


Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana parti politik pun. Selagi namanya politik dan manusia, selagi itulah perkara begini wujud. Namun, walaupun ianya berlaku dalam hampir semua parti politik di dunia, kita menjangkakan sabotaj paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini.

Parti PKR adalah parti sampah, iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang, terbuang atau membuang diri dari UMNO. Bermula dari kepalanya, iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan ‘bau busuknya’.

Pemilihan parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang berdarah. Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang terpilih ke jawatan tertinggi.

Jika yang di bawah yang membuat onar bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang melantik jawatankuasa disiplin itu?

Kerana itu, sampah-sampah ini mendapati diri mereka tidak sesuai berada di dalam BN kerana BN sentiasa mencari jalan untuk membersihkan parti dari unsur-unsur ini. Maka, PKRlah tempat mereka bergelumang sesama sendiri.

Justeru, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengenai kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti itu menjelang PRU mungkin sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri dan kepimpinan atasan parti itu. Beliau pastinya lebih mengenali siapa dirinya dan siapa kawan-kawan dan pemimpinnya dan apa yang mereka mampu lakukan untuk berkuasa.

Konon PKR sudah bersedia dengan langkah pro-aktif untuk menghadapi kemungkinan ini adalah satu kenyataan yang kelakar. Apa yang pasti langkah pro-aktif yang bakal diambil hanyalah untuk memastikan Anwar, keluarga dan inner-circlenya terus menguasai tempat tertinggi parti dengan tiada kompromi.

PKR adalah parti anak beranak dan sahabat handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli sendiri. Perkara ini juga berlaku di dalam DAP yang juga menghadapi masalah yang sama menjelang konvensyen mereka esok.

Dari desas desus yang kedengaran, terdapat dua tiga atau lebih kem yang berebut jawatan dan kawasan secara bersungguh-sungguh kerana percaya PRU ini adalah peluang terbaik mereka untuk ke Putrajaya. Bayangkan, Khalid, Azmin, Nurul Izzah, malah Wan Azizah sendiri masing-masing punya cita-cita berasingan, untuk diri sendiri dan bukannya parti. Dengan masing-masing punya pengikut yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan pemimpin mereka duduk di singgahsana, PKR mungkin terpaksa menghadapi perang PRU dalam keadaan tempang.

Kenyataan Fuziah Salleh, Naib Presiden PKR bahawa kekecewaan yang mungkin dirasai oleh segelintir yang tidak terpilih adalah sementara hanyalah kenyataan untuk memujuk diri sendiri sahaja. Hakikatnya, PKR dipenuhi dengan manusia-manusia rakus yang tidak akan berdiam diri sekiranya kalah. Sifat ini terpampang jelas dari personaliti Anwar Ibrahim sendiri, iaitu manusia yang melahirkan parti itu.

Sama ada PKR sedar atau tidak, ikon mereka iaitu Anwar Ibrahim kini semakin hilang pengaruh di kalangan parti sekutu, DAP dan PAS walaupun Anwar menumpukan sepenuh tenaga kepada agen-agennya yang diserap ke dalam PAS sehinggakan mengabaikan PKR sendiri.

Kerakusan Anwar untuk menguatkan diri sendiri, dan bukannya parti membuatkan PKR berada dalam keadaan sepertimana hari ini iaitu, berserabut dan kelam kabut. Kini, ‘kesetiaan’ pada Anwar sudah menjadi sesuatu yang objektif, apatah lagi kepada parti.

Justeru, sabotaj di dalam PKR adalah sesuatu yang pasti. Persoalan yang tinggal kini hanyalah sama ada ia seburuk yang dijangka atau tidak. Apapun, ia tetap akan menjejaskan lagi kedudukan parti itu di dalam PR sekali gus melemahkan PR dalam menghadapi PRU.

2 comments:

Anonymous said...

DAHULU DLM UMNO ADA BYK SAMPAH SARAP.TINDAKKAN BIJAK TUN MAHATHIR MEMECAT ANWAR UMPAMA PENAPIS. APABILA DITAPIS KITA LIHAT KOTORAN TERSEBUT. DALAM PADA ITU MASIH ADA LAGI SAKI BAKI KOTORAN YG MELEPASI PENAPISAN TERSEBUT.

$ said...

Baguslah kena sabotaj macam tu, lagi pon umno memang suka.
Nak apa lagi, nak tunggu apa dan bila lagi?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive