Anwar Merbahaya..!!!! - Tun Mahathir.


Penasihat PKR jadi Perdana Menteri boleh bawa kemusnahan negara

Kuala Lumpur: Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.

Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan.
Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan.



Jangan beri peluang

Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa, malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk ‘gemparkan’ bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan.

“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.

“Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam.
Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.

Ancaman muflis

“Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar. Kos import meningkat, begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya. PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.

“Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,” kata Mahathir.

Jangan terpedaya

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara.

Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi. Sumber PPJ

5 comments:

Anonymous said...

Biasa lah Tun, Annuar tu memang macam tu perangai dia, kalau dia tak bolih, biar hancur semua sekali. sikap yang paling terok , orang Penang kata perangai "kamjat"

Anonymous said...

Hanya orang yg tak mahu berfikir dan yg hanya ikut perasaan sahaja menyokong pemimpin gila kuasa ini. Memang benar Malaysia akan hancur jika dia menjadi PM. Dia sanggup melihat negara jadi padang jarak padang terkukur jika dia gagal menjadi PM.

Papa Zola said...

hai abang, adik budak baru belajar. mintak tolong link blog adik ni http://the-papazola.blogspot.com/ terima kasih bang

Kelate Jati said...

Kenyataan Anwar Ibrahim yang wajib diketahui, difahami dan disedari oleh setiap umat Islam/Melayu di Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan politik..

"IF ELECTED, MR. ANWAR SAID HE WOULD SPEED UP THE REMOVAL OF RACIAL QUOTAS FOR UNIVERSITY PLACES AND FOCUS ON HELPING LOWER-INCOME GROUPS REGARDLESS OF RACE INSTEAD OF SOLELY AIDING ETHNIC MALAYS."

Kenyataan yang begitu khusus ini telah didedahkan melalui "THE WALL STREET JOURNAL"/ASIA di dalam suatu wawancara eksklusif dengan Anwar Ibrahim.

Perlukah diperjelaskan lagi asas perjuangan Anwar Ibrahim..?? Sememangnya tidak menjadi rahsia lagi bahawa ahli dan penyokong PAS sangat berbangga dengan sokongan kaum cina terhadap perjuangan Pakatan/PAS.

Dengan kenyataan Anwar Ibrahim ini, diharapkan agar ahli dan penyokong PAS sedar dan insaf kenapa dan mengapa sebenarnya sokongan kaum Cina sungguh padu terhadap Pakatan/PAS.

Kerana tanpa sokongan PAS, Anwar dan Pakatan akan hancur dengan sekelip mata. Sebab itulah kaum cina DAP dengan bersungguh-sungguh kononnya "menzahirkan" sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada PAS agar kekal dalam Pakatan.

Adakah wajar bagi ahli & penyokong PAS yang beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk terus leka dengan buai dan ulik politik yang dinyanyikan oleh Anwar, PKR & DAP..??

Adakah Anwar Ibrahim hendak mengatakan bahawa "THE WALL STREET JOURNAL" memfitnah beliau? Kenapa Anwar Ibrahim TIDAK MENYAMAN ATAU UGUT UNTUK MENYAMAN "THE WALL STREET JOURNAL"?

Sama-samalah kita menilai dengan penuh keinsafan.. InsyaAllah..

Seikhlasnya, saya benar-benar berharap agar seluruh masyarakat Islam/Melayu di seluruh Tanah Melayu ini mengetahui dan menyedari hakikat sebenar apa yang sedang berlaku.. InsyaAllah..

Friday, January 27, 2012
THE WALL STREET JOURNAL / ASIA.
http://online.wsj.com/article/SB10001424052970203363504577184631682335306.html

Anonymous said...

ramai dah umat melayu dah kembali sedar.. ayuh melayu..kembali kita sokong umno dan bn. pastikan parti bangsat dap lenyap dari bumi malaysia..sayangi bangsa dan agama.. kebumikan terus parti dap racist, pkr bangsat dan pas pecacai cina.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive