Isu Kalimah Allh PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

11 comments:

Ghazali said...

Its high time now PAS must leave the PR. If all the leaders in PAS couldnt foresee what were being said and will be said by the PR supposed to be leaders (like Anwar, Guan Eng, and also Karpal) they are really dumb and dumber and dumbest.

Salleh said...

Betul, dumb, dumber, dumbest, idiot. Dah xde perkataan lagi nk describe kebodohan kalau masih lagi jd balaci DAP.

Anonymous said...

Aku mmg rasis!!! Fak DAPig!!! Gie jahanam Fuckatan!!! Dumb ass!!!

Sudir said...

Aku yakin yang PAS tak akan tinggalkan perjanjian 'syaitan' diaorang..

Anonymous said...

baek Gabung BN + PAS lagi baguih.. PokNIK G bincang dgn PokJIB mcm mne nak settle masalah ni.. hahaha

Anonymous said...

pas pas.. kocakap ko nak perjuangkan islam... knapa sekarang semuanya da terpesong??? ko lebih ikut cakap parti pakatan n dap... eh aku yg jarang solat ni pun xmemain2 kan kalimah allah swt... klu ko memperjuangkan islam.. ko xsetuju la kalimah allah tu dguna kan sembarangan... gara2 ko duk membontot je.. ko tengok la akn datang akan ada pperangn antra kaum..aku sokong umno sebb umno kerajaan yg xnak kita bperang..tp ko parti pmbangkang lebh suka org bperng... PERJUANGKAN ISLAM.. BUKAN PERJUANGKAN POLITIK

Anonymous said...

Keluar aje dari pakatan. Kerjasama dengan BN, insyaAllah Islam dipandang tinggi diMalaysia. Say no to dap dan Pkr and bye2 to pakatan.

Nadz Ariff said...

Sbg melayu muslim sy terlalu inginkan penyatuan umno n pas... rasanya umno menerima dgn hati terbuka. Tetapi bgaimna pula dgn pas? Bersatulah bangsaku. Bersatulah demi islam..

Angin Laut China Selatan said...

salam. saya telah pautkan blog tuan ke blog saya. mohon kerjasama tuan untuk pautkan blog saya ke blog uan jua. tkasih

http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

Anonymous said...

PAS Xleh bersatu dgn UMNO sebab poknik dendam sangat dgn UMNO. Kita jangan pangkah orang2 anwarinas dah lah.

Anonymous said...

tak payah keluar pakatan, dok sana diam2 jadi kuli batak DAP dan anwar ibrahim. nanti kalau PAS keluar pakatan, undi melayu pecah. aku tak nak PAS DAP atau PKR menang. diorg semua cakap senang, buat belum tentu boleh lagi. apa yg sgt jelas, pemerintah dan pembangkang masing2 ade keburukan tetapi keburukan yang paling ketara hodoh jijik dan paling nampak jelas mana lagi kalau bukan kat PEMBANGKANG !!!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive