Shamsidar Wajib Ke Mahkamah Untuk Nafi Segala Skandal Seksnya


Sebagai seorang seorang isteri pemimpin politik yang kaya raya, siap dengan kereta mewah dan rumah berharga berjuta serta pernah juga memegang pendapatan sendiri yang cukup lumayan sebagai pengarah syarikat walaupun tidak perlu bekerja, Shamsidar Tahrin sewajarnya dilihat sebagai wanita yang memiliki segala-galanya.

Namun, di sebalik semua ini, Shamsidar dilihat sebagai isteri yang paling malang kerana mempunyai suami yang kalau tidak dayus, tentunya tidak menyayanginya langsung. Ini kerana apabila nama beliau menjadi gah dikaitkan dengan skandal seks bersama Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakan tegas untuk membela dan membersihkan namanya.

Dengan bukti DNAnya yang didapati dari tilam dalam kes liwat 1 yang membabitkan Anwar, nama Shamsidar kini busuk, sebusuk-busuknya. Malah, kisah-kisah dalaman dan terperinci yang didedahkan oleh ahli keluarga suaminya, Ummi Hafilda serta rakan baik Anwar, Nallakarupan menjadikan Shamsidar bagai wanita yang tiada harga walau sesen pun lagi. Tidak cukup dengan itu, anaknya Afifa turut terheret sekali apabila didakwa sebagai anak luar nikahnya dengan Anwar.

Malang bagi Shamsidar kerana walaupun sehingga begitu sekali aibnya dibuka, suaminya masih tidak tampil ke hadapan membela maruahnya. Tidak juga suaminya bertindak memencilkan diri dan keluarga mereka dari pandangan umum, sebaliknya masih begitu ghairah menonjolkan diri mengejar cita-cita untuk berkuasa sambil membiarkan saja maruah isterinya dipersoal dan dipijak-pijak.

Sehingga kini, Nalla dan Ummi terus menjadikan Shamsidar sebagai bahan ceramah dan kenyataan media. Lebih dahsyat, Nalla juga menyatakan yang beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman aksi Anwar dengan Shamsidar yang pasti mengejutkan.

Semua ini adalah tuduhan dan dakwaan yang amat berat dan mampu menghancurkan hidup seorang wanita dan sebuah keluarga, apatah lagi suaminya yang bergelar ahli politik.

Tidak ada seorang manusia pun yang akan terus berdiam diri jika dirinya dituduh dengan sebegitu rupa. Dan tiada suami yang boleh menahan diri dari mengambil tindakan sewajarnya jika isterinya dituduh atas kesalahan yang begitu kotor dan hina sedangkan di masa yang sama beliau kononnya percaya yang isterinya tidak bersalah.

Tetapi, inilah yang berlaku kepada Shamsidar. Suaminya hanya tahu membuat penafian secara ringkas terhadap segala tuduhan terhadapnya, tetapi selebihnya enggan mengulas lanjut.

Justeru, sudah sampai masanya, Shamsidar bertindak sendiri untuk membersihkan namanya, jika benar beliau tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Anwar. Bukankah sudah jelas kini bahawa Shamsidar tidak boleh mengharapkan perlindungan atau pembelaan suaminya.

Sesungguhnya, suami seperti Azmin, tidak layak dihormati. Adalah dayus bagi lelaki membiarkan isterinya dihina jika isterinya benar-benar tidak bersalah, dan dayus juga bagi lelaki yang rela isterinya dikongsi oleh orang lain.

Penting bagi Shamsidar untuk membersihkan namanya jika beliau tidak mahu keturunannya menanggung malu selama-lamanya. Ini kerana, sejarah silamnya tidak akan hilang dan dilupakan begitu saja memandangkan beliau bukannya orang biasa. Beliau adalah isteri seorang ahli politik yang didakwa berhubungan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Malaysia

Justeru, seluruh keturunannya akan dikenang dengan kisah gelap ini yang pasti terpahat kemas dalam sejarah politik negara. Ia bakal menjadi rujukan, sebagai pengajaran kepada pemimpin masa depan.

Apakah Shamsidar tidak kisah jika seluruh keturunannya terpaksa menanggung malu memikul beban namanya yang busuk? Apa kata cucu-cicitnya nanti? Terutama, anak-anak Afifa? Apakah Azmin mampu mencantas terus susur galur keturunannya bagi memastikan kisah silam tidak dibongkar kepada keturunannya oleh keluarganya sendiri?

Semuanya terpulang kepada Shamsidar sama ada untuk bertindak sewajarnya membawa Nallakarupan dan Ummi Hafilda ke mahkamah dan mencabar mereka secara rasmi, atau terus hidup dalam keadaan dan pandangan hina.

Jika Shamsidar memilih untuk hidup dalam penuh kehinaan, dipandang serong oleh jiran dan rakan, sentiasa gusar dicemuh di belakang dan mungkin juga berdepan di majlis-majlis hanya kerana beliau enggan membela diri melalui undang-undang, maka kita melihat bahawa mungkin inilah cara hidup yang layak bagi seorang wanita yang bukan sahaja sanggup menduakan suami, tetapi, suatu ketika berbangga dan secara terbuka pula bermegah mengenainya.

2 comments:

Anonymous said...

GUNAKANLAH MASA YG DIBERI INI UTK MENJELASKAN ATAU MENAFIKAN SEGALA-GALANYA. JADIKAN INI SEBAGAI SATU PELUANG BUKAN PERANGKAP. KALAU DIA TAK PERNAH MEMANTAT DENGAN ANWAR, PATUT NYA DIA LAGI NAK CEPAT BUAT PENJELASAN TAPI ANWAR PULAK YANG BERIYA-IYA TAK NAK BAGI SHAMSIDAR NI BERCKP. SEBENARNYA MMG KEDUA-DUA NI AGAKNYA DULU SELALU MEMANTAT DAN AZMIN TAU PSL NI. SEBAB TU AZMIN KAYA WPUN KEJE SETAKAT S/USAHA POLITK. AKU RASA AZMIN PERAS UGUT AWNAR UTK KAUT KEMEWAHAN... TAK KEMANA TU, KALAU SORANG KAKI MEMANTAT, SEORG KAKI AISKIRM JAMBAN DAN SEORANG PELACUR UTK BOSS LAKI DIA, TENGOK LAAA.... PANDAI SGT MANA PUN, PASTI ADA YANG TERSILAP KAT MAHKAMAH NANTI....

Anonymous said...

Annuar rasa dia boleh tutup mulut Shamsidar dengan pam dia duit juta2 dalam bank. Dan bagi kemewahan pada Azmin. Ingat kak Wan Jijah tak menyingga ke tenggok keadaan macam nih. Semua senyap tak berani lagi nak meletop. Hanya Annuar je yang gelabah nak spin sana sini. Tu yang Sembilan lagi penama tu, ingat tunggul ke ape. Mane mau lari bro.......

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive