Rata-rata projek perumahan yang diluluskan lebih menjurus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi, sedangkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terus terpinggir dari perhatian Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Paling terkesan dengan keadaan ini ialah orang Melayu Islam dan India, pun begitu semenjak setahun kebelakangan ini orang Cina juga kian ramai mengeluh dengan peningkatan mendadak harga rumah di negeri itu.
Polisi dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendahulukan kepentingan pemaju perumahan dan golongan berpendapatan tinggi merupakan punca utama senario sebegini makin melarat dan menambah parah kehidupan rakyat bawahan.
Lebih mendukacitakan rakyat bila mana Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pula yang Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama syarikat swasta akan melaksanakan projek perumahan 'mampu milik' dengan harga siling jualan yang mencecah RM400,000 seunit.
Bila disebut mampu milik maksudnya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan rakyat, namun dengan harga tersebut agaknya siapakah yang layak memiliki rumah sendiri yang telah lama mereka impikan? Wakil rakyat DAP sudah tentu dan golongan jutawan sudah semestinya lebih daripada mampu.
Persoalannya adakah semua rakyat Pulau Pinang adalah YB yang bergaji puluhan ribu setiap bulan ataupun semua penduduk Pulau Pinang merupakan jutawan? Tentunya tidak, kerana di Pulau Mutiara ini tetap ada golongan berpendapatan rendah, sederhana disamping orang yang kaya raya.
Bagi rakyat berpendapatan rendah yang bergaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 tentunya langsung tak tercapai dek akal untuk mendiami rumah yang sedemikian harganya, tunggu kucing tumbuh tanduklah jawabnya.
Hatta untuk golongan sederhana dengan pendapatan sekitar RM5,000 ke bawah dengan segala kos tanggungan sara hidup seharian untuk sekeluarga harga segala macam komitmen pinjaman lain juga hanya mampu berangan sahaja seumur hidup selagi Pulau Pinang terus diperintah oleh DAP dan PR.
Sebetulnya khalayak faham mengapa Guan Eng yang hanya bijak beretorik dan acapkali menipu itu tiba-tiba sahaja mengumumkan projek perumahan yang kononnya 'mampu milik' tersebut. Tak lain tak bukan dek kerana tercabar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada akhir tahun lalu.
Semasa PM merasmikan Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 Disember 2012, beliau telah mengumumkan komitmen Kerajaan Pusat yang diterajui BN untuk membina sejumlah 20,000 unit buah rumah kos rendah dan rumah mampu milik.
Jumlah tersebut termasuklah yang sedang dalam pembinaan dan juga projek perumahan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut fasa perancangan.
Ia melibatkan pembinaan 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 unit lagi dibina oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Harga rumah kos rendah jenis flet/apartmen bermula dari RM30,000 hingga RM75,000, manakala rumah kos rendah jenis berkembar setingkat, perumahan teres pula sekitar RM35,000 hinggalah RM100,000 yang mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.
Antara projek perumahan yang sedang dan telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah dengan harga yang mampu milik ini termasuklah di Taman Kuala Sungai Pinang, Taman Sungai Acheh, Mustiara Vista, Sri Bayu dan banyak lagi. (Maklumat lanjut sila layari laman sesawang Perda, SPNB dan JKPSB)
Manakala untuk perumahan samada dari jenis teres setingkat dan berkembar ataupun apartmen yang berharga antara RM100,000 ke atas hinggalah RM400,000 pula turut dibina untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana mengikut had kelayakan masing-masing.
Contoh projek perumahan yang sedang dibangunkan serta yang dalam perancangan termasuklah di Taman Pancur Utama, Taman Sungai Dua Utama, Taman Limbungan Indah dan lain-lain projek yang juga boleh diperolehi maklumat lanjutnya dari laman sesawang pemaju berkaitan.
Apa yang pasti dan jelas, ini semua adalah kesinambungan komitmen Kerajaan Pusat yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tanggungjawab tambahannya kepada rakyat sekalipun dari segi memenuhi keperluan perumahan sepatutnya ia 100% dipikul oleh Kerajaan Negeri.
Tapi kalau dibiarkan begitu sahaja Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan polisi perumahannya yang hanya memenuhi selera golongan berpendapatan tinggi atau lebih tepat lagi untuk keperluan jutawan sahaja, akibatnya kelak khalayak ramailah rakyat jelata yang terus kepingin untuk memiliki rumah sendiri.
Justeru itu jika mahu bercakap soal perumahan mampu milik yang sebenar, nyata sekali konsep yang diterjemahkan oleh Kerajaan Pusat adalah yang paling tepat kerana semua golongan masyarakat samada yang berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi, bukan begitu?
3 comments:
PR NEGERI PULAU PINANG MENYOKONG SEPENUHNYA RUMAH RAKYAT BERHARGA RM400,000.00. MEMANDANGKAN PEERKEMBANGAN EKONOMI NEGERIU YANG SIHAT DAN PENINGKATAN PENDAPATAN RAKYAT NEGERI PULAU PINAN GTELAH MELONJAK KE PARAS YANG TERTINGGI. SEWAJARNYA RAKYAT WAJIB MENYOKONG KEPIMPINAN YAB LIM GUNA ENG. KEPADA MEREKA YANG TIDAK MAMPU, PR MENCADANGKAN SUPAYA BERPINDAH KESEBELAH SEBERANG KERANA BANYKA LAGI RUMAH RAKYAT AKAN DIBINA DISANA SEPERTI DINIBON G TEBAL. KECENDURANG LIM GUAN ENG UNTUK MENJADIKAN PULAU PINANG SEBAGAI SECOND SINAGPORE AMAT DIALU-ALUKAN DAN DISOKONG OLEH RAKYAT NEGERI ITU.
Tak lama lagi beliau akan isytihar keluar dari malaysia ke?
dah puas rampas tanah2 org melayu lepas tu sikit2 org melayu kena halau dari pulau kemudian dibanjiri oleh kaum2 cina yg kaya raya menetap disitu dan seterusnya manjadi kawasan pulau itu kawasan dikuasai kaum cina..
org melayu hanya layak tumpang berbangga kawasan pulau dah maju kononnya seperti singapura tetapi hakikatnya segala harta, tanah, ekonomi kawasan pulau telah dikuasai oleh kaum2 cina..
hanya melayu pengkianat saja yg sanggup mengadaikan apa saja walaupun maruah demi utk kepentingan diri...
Post a Comment