Umum mengetahui PKR diketuai pemimpin yang memiliki masalah moral dan akhlaknya pula agak diragui, malah tidak pernah sunyi dari skandal peribadi selain sikap pembawaannya yang cenderung membela golongan LGBT.
PKR juga dikenali kerana identitinya sebagai parti liberal yang mendukung perjuangan pluralisme agama termasuklah menyokong penggadaian kalimah Allah S.W.T untuk dinodai kesuciannya dalam kitab Bible.
Pun begitu, mungkin ini buat julung kalinya khalayak umum didedahkan dengan kegiatan jual beli pil kuda yang rupanya turut akrab dengan pemimpin PKR termasuklah ada antaranya yang kini merupakan calon dalam PRU-13.
Pendedahan ini bukan dilakukan oleh UMNO atau mana-mana parti komponen BN, tapi dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mendedahkan ada antara calon PKR merupakan pengedar pil khayal tersebut.
"Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini."
"Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana," demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.
Tak tahulah sama ada cerita yang di bawa oleh Presiden PAS itu sahih atau tidak, atau sebenarnya sekadar untuk menghalalkan tindakan semberono PAS merempuh masuk di kawasan yang kuotanya dikhususkan untuk PKR.
Tetapi, jika benar sekali pun ada calon-calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan kaya raya dengan hasil aktiviti haram itu, ia bukan alasan kukuh untuk PAS sengaja mengacau kawasan yang ditandingi rakan sepakatan.
Entah sejak bila PAS begitu sensitif dengan pengedaran pil kuda sukar dipastikan, yang peliknya bila PR menyokong kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya tak pula PAS melatah.
Hatta ada calon-calon PR yang buruk moralnya pun boleh pula diterima sebagai calon mewakili PR. Pelik bukan?
9 comments:
oo pil kuda xleh. konkek ngn bukan bini buleh plak?
Patut le geng diorg ni byk duit. Pengedar dadah rupanya. Harap pihak polis buat siasatan. Harap Us Hadi jgn bersubahat dan sorok penjenayah. Org mcm ni baru layak digelar musuh ISLAM , BANGSA & NEGARA.. Kpd ANAK NIK AZIZ, org mcm ni nk label apa? Silap undi nnt MALAYSIA ni jd hub pil kuda.
mungkin chegu bard salah sorang calon pkr yg jual pil kuda...jual kat stopa spender....maklumat dapat dr stopa spender la tu...kahkahkah
Pewaris Legasi korup & kotor UMNO
budaya politik kotor, fitnah, lucah umno juga sedang menular generasi baru ahli umno!
Corak perbahasan politik ahli2 umno terlalu kebudak2an dan uncivilise ... mungkin generasi pejuang rakyat/ negara telah pupus terutama bila mahathir melancarkan "ethnic cleansing" terhadap semua yg bukan pengampunya dulu..... idealism umno sudah hilang kerana WANG! ahli2 baru hanya berjuang untuk projek, kontrak, subsidi, kedudukan, jawatan dan kepentingan diri sendiri... INDIVIDUALISTIK & MATERIALISTIK.. inilah PENYAKIT KRONIK SEBENAR umno!
UMNO sudah hilang daya intelek & daya juang .. krisis moral yg kronik... semuanya berlumba sesama sendiri.. pijak memijak, cantas mencantas, fitnah menfitnah, lobi melobi, ...ada yg sampai tahap bunuh membunuh kerana POLITIK DIRI & WANG untuk PERIBADI!
generasi pejuang era pra merdeka & awal pasca merdeka sudah TIADA.. tun razak, tun dr ismail, dato' harun idris, dato' senu, dato' jaffar albar, dll.... mereka sudah tiada pewaris perjuangan asal UMNO.... mungkin ada yg spesis terpinggir seperti Tengku Razaliegh hamzah yg telah dikembiri oleh Mahathir sebelum ini!
UMNO sudah tidak relevan bagi rakyat & umat!
Rumah UMNO hari ini dihuni oleh para penyangak, penyamun, penjenayah, lanun, penipu, perasuah, dll ...
UMNO tak boleh lagi khayal dgn nostalgia lama mereka!
Rumah UMNO sudah terlalu robek, kotor dan jijik....
Bagi rakyat yg berjiwa murni & berjuang untuk rakyat dan negara tidak akan serasi dengan umno selama2nya.... lebih2 lagi yg berfikrah Islamis... umno cukup penuh dengan noda & dosa untuk dikongsi bersama.... untuk dibawa mengadap Allah SWT.
"Bersubahat dgn UMNO"-- Palitan kedurjanaan umno sangat berat untuk dijawab di mahsyar nanti! Walaupun sekadar dua garis pencil untuk memangkahnya setiap 5 tahun.... effectnya sungguh besar bila MP2 UMNO/BN yg terlantik berusaha menjauhi/ persenda2kan perintah Allah & hidup dalam amalan syaitan! --- kita yg melantik, menyokong, membela, berhujjah untuk kedosaan UMNO juga tiada terlepas dari hukuman Allah nanti!
Sebaik2nya... jauhi UMNO/BN,.. kita masih banyak pilihan yg diberi oleh Allah SWT untuk berpolitik, mengundi, melantik pemimpin.... mengapa perlu kita ikat diri secara bodoh kepada kemurkaan Allah?
UMNO adalah liabiliti melayu & negara! Mereka yg ada hari ini bukan lagi dari generasi pejuang kemerdekaan... mereka golongan hypocrite opportunist yg menyamar pembela rakyat! Sebab itu rasuah & fitnah tak mampu dihapuskan oleh UMNO! -- akhirnya mahathir juga akui: "UMNO/BN adalah setan yg dikenali"
Say no to UMNO/BN .. kita terlepas dari ikatan setan yg dikenali!
Sedapnya dia menuduh orang. Mana bukti? Mana saksi? Setakat pakai buah "Dengo Kabo" macam Fulamak Zahar Idrus, nenek aku pun boleh jadi Preseden PAS, Hadi oii. Orang bagi tunjuk bukti video, hang cakap besi. Ada akai ka?
Anon 11:09 hang tulis panjang2 buat apa? Siapa bongok sangat nak baca tulisan pakai juboq hang tu?
Aku punya suka la nak pangkah BN. Hang nak pangkah PKR hang py pasal la. Menyebok kat sini buat apa?
Anon 11:09 ...hang banyak kelentong...pasai pkr parti kelentong rakyat..kahkah
Sidang Media Tergempar presiden pas ... "ITU BUKAN SAYA, HANYA LELAKI MIRIP SAYA"
hadi akan bawa klon nya untuk membuktikan umno/bn buat video palsu. kih kih kih
kemudian.....polis telah menahan lelaki mirip hj hadi di sempadan untuk mengelak di tunjuk kebenaran pada rakyat.
lepas tu....bukti vedio adalah besi semata-mata.....khiaq tueh...kahak hijau!!!!
bentayan
boddoh mung lembu... hadi awang..kecek mcm org dok sekoloh
Post a Comment