DAP Menggunakan Kekuatan Parti PAP Untuk Rampas Kuasa...!!!!


1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

Sahabatku yang dirahmati Allah. Al-Imam al-Tabari berkata: "Allah SWT memberi petunjuk kepada ahli langit dan bumi, dan dengan cahaya Allah SWT mereka menuju kepada kebenaran dan dengan hidayah-Nya mereka terselamat daripada kesesatan". Dan kata Ibn Qayyim: "Allah menamakan diri-Nya Nur, menjadikan kitab-Nya Nur, Rasul-Nya Nur dan Dia dihijab daripada makhluk-Nya dengan Nur". Semoga Nur Allah SWT akan memandu kita membuat keputusan mengundi BN pada 5 Mei nanti. Maa's Salamah...- MyMassa

4 comments:

Anonymous said...

Rakyat Malaysia boleh suruh DAP pindah, duduk celah kangkang PAP dan jangan balik2 lagi!!!!!

Jafri said...

Jangan khuatir warga Malaysia yang sayangkan kestabilan dan kemakmuran negara Malaysia ... ada sebahagian masyarakat Singapura seperti saya yang percaya dan yakin ... hanya Barisan Nasional (BN)saja yang mampu memerintah Malaysia ...
Salam Sejahtera dari Singapura ...

Anonymous said...

"Rakyat Malaysia boleh suruh DAP pindah, duduk celah kangkang PAP dan jangan balik2 lagi!!!!!"

mcm mana ini akan terjadi jika melayu hari ini yg menjadi benteng paling kuat pada DAP?mereka dibutakan debgan kebaikan palsu DAP kerna mereka tidak endah pada sejarah melayu dan DAP..pada mereka itu semua lapuk..yg membezakan DAP dengan mereka ialah DAP teguh pada perjuangan dan tidak pernah tunduk pada kemahuan melayu walaupun pada masa itu mereka tidak sehebat hari ini.berbeza dengan melayu yg menjadi benteng mereka yg menggangap DAP sebagai kepimpinan terbaik yg boleh mencapai kejayaan untuk mereka.melayu sanggup ubah dasar perjuangan mereka semata2 untuk berlembut dengan DAP..menyedihkan kerna dahulu walu mereka membangkang tapi masih dihormati..tapi hari ini seolah2 hilang maruah..bila terlalu tunduk pada DAP..akhirnya DAP yg berjaya mengumpul kekuatan paling tinggi berbanding mereka..selagi melayu tidak bersatu melayu akn tersungkur di tanah sendiri.kita hormat DAP sebagai pembankang tapi bukan bererti kita akn tunduk pada mereka.mereka tidak menyerang kita dengan jenayah tapi mereka meracuni pemikiran kita dngan kebaikan untuk mencapi cita2 menguasai negara.itu hakikatnya.

Unknown said...

melayu sudah hilang melayunya..adap dan sopan tidak lagi menjadi pegangan,bangsa yg sangup membogelkan keburukan bangsa sendiri..tidak pilih tuk bersama kerna kemarahan pada sesama bangsa melebihi segalanya..tidak pernah mahu merendah diri dan bermaafan,kebaikan dibutakan,keburukan dijadikan modal menjatuhkan melayu yg lain....inikah bangsa yg akan berjaya?Bukan DAP yg akan menjatuhkan melayu tapi melayu itu yg akan memusnahkan bangsanya!bila kemarahan tidak dikawal,bila hati menurut kata nafsu,bila jiwa dipenuhi kebencian,bila agama diletakan di belakang politik,bila ego dan tamak menjadi amalan,sedikit tolakan dari musuh akan menjatuhkan bangsa melayu....bila terhantuk baru nak sedar???

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive