Mungkin resah dengan tawaran menarik yang diberikan Najib kepada rakyat. Gerombolan Pakatan Haram tanpa membuang masa terus menyerang manifesto yang dibuat oleh BN. Sebenarnya mereka TIDAK menyerang manifesto itu, cuma mereka menganggap manifesto yang dibuat itu adalah jiplakan idea manifesto PR.
Persoalan tentang jiplakan adalah sangat subjektif. Misalnya mereka berkata BN menawarkan penurunan hanga kereta kerana PR telah manifesto yang sama. Walhal penurunan harga kereta akan berlaku apabila AFTA dilaksanakan pada tahun 2015. Ini telah diterangkan dalam entri sebelumnya, juga kaedah penurunan adalah berbeza.
Diakui sukar bagi rakyat untuk menolak manifesto yang ditawarkan oleh BN. Malah manifesto yang ditawarkan cukup teliti dan mengambil kira aspek2 pembangunan sesebuah negara secara menyeluruh baik dari aspek sosial,kehidupan, infrastruktur dan hubungan luar.
Malah elaun BR1M sebanyak RM1,200 seolah olah seperti subsidi bulanan tunai RM100 yang diberikan kerajaan kepada mereka yang layak. Tak mustahil PR juga akan membuat tawaran balas selepas melihat manifesto yang dilancarkan BN mendapat sambutan rakyat. Cuma di pihak PR, sudah tertanam di minda rakyar iaitu MANIFESTO BUKAN JANJI - Bidaman
0 comments:
Post a Comment