Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar.
"Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.
KENYATAAN PENUH PAPA GOMO
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.
Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.
Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.
Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.
Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.
Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.
Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik. KLPOS
7 comments:
bagus la tu buku bertemu ruas,hope papa gomo dedah semua kemunafikan kejijikan anwar pada pengundi permatang pauh serta seluruh pengundi,menang kalah adat bertanding yg penting buka pekung anwar
bg aku PAPA GOMO mmg BERANI.....SANGAT BERANI.....TERLALU BERANI.....saya nak berkongsi sentimen berlainan....pd pandgn saya, calon BN akan kehilangan UNDI & undi AI akan maintain...kalau TURUNpun mungkin sedikit.....berdasarkan jasad "mereka" yg sudah menjadi ZOMBA
Pandangan KE-2, jika Papa Gomo mahu berceramah.....TOLONG JAUHI pentas ceramah UMNO/BN, tetapi Papa Gomo boleh berkongsi pentas ceramah PERKASA/JATI/TIBAI utk melondehkan salah laku AI.....walaupun pentas2 berkenaan PRO/kelihatan PRO-UMNO/BN tetapi sekurang2nya mereka ada pentas sendiri tanpa menggunakan nama UMNO/BN 100%.....ini lebih kredibel di mata rakyat
Saya juga risau dgn keselamatan Papa Gomo berdasarkan perilaku pencacai PR yg bagai kerasukan sekarang ni & secara perlahan2 bertukr menjadi ZOMBA.....mereka boleh lakukan apa saja & ini mungkin membahayakan diri & keluarga Papa Gomo sendiri sptmana yg terjadi kpd Ustaz saidi yg mendedahkan KES DLM KERETAPI pemimpin Adun Sselinsing dr PAS Assobiyah....sekadar pandangan
gomo.....wa caya sama lu....lu memang gentle....kasi bongkar sume cite!!!....
betul cakap otak geliga....keselamatan papa gomo amat penting sbb penyokong tegar aljuburi akan menggila habisan (kerana mereka dibayar) sepertimana mereka menggila semasa zul nordin berceramah di permatang pauh hari tu...sy org penang bila gomo ceramah saya akan datang beri sokongan..hidup BN ...hidup gomo
saya tak fikir ini langkah yang bijak oleh papagomo. Ini hanya memberi kelebihan kepada Anwar dan menyulitkan BN menumbangkan Anwar sahaja sebab undi Bn akan lari dan undi Anwar akan kekal...
tindakan yg agak berani dan bakal menimbulkan suasana yg luar biasa pd jangkaan sy...semoga semuanya berjalan lancar dgn objektifnya tercapai hendakNYA :-)
KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!
Post a Comment