Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.
Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.
Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.
Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.
Kedua, wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya dan senario politik Malaysia.
Mengapa Financial Times hanya menugaskan seorang wartawan sukan untuk menemuranah Anwar adalah agak ganjil apabila akhbar itu mempunyai ramai penulis politik yang hebat seperti George Parker, Jim Packard, Philip Stephens dan lain-lain.
Isu-isu ang dibangkitkan oleh Anwar juga lebih bersifat memburuk-buruk imej negara dan kerajaan Malaysia, sesuatu yang sudah sebati dengan Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya.
Beliau merendah-rendah sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini yang mana beliau meningkat mendadak bukan sahaja dalam hieraki parti UMNO dari ahli biasa kepada timbalan presiden tetapi juga menjadi ahli parlimen Permatang Pauh hingga menduduki kerusi timbalan perdana menteri hanya dalam tempoh 11 tahun.
Ramai ahli UMNO dan juga anggota kerajaan yang merangkak setapak demi setapak menaiki tangga karier politik berpuluh-puluh tahun sebelum mereka mampu menikmati gelaran Yang Berhormat.
Umpamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengharungi arus perjuangan politik selama 33 tahun sebelum beliau dipilih menduduki nombor satu dalam pentadbiran negara.
Anwar memperlecehkan konsep Ketuanan Melayu sambil berjanji untuk memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih bersifat pelbagai ethni
Mungkin disebabkan terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri beliau lupa bahawa kewujudan Malaysia dan kemerdekaan ang dicapai oleh negara ini pada 1957 adalah hasil muafakat dan hubungan etnik yang erat antara orang-orang Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Formula muhibbah dan kerjasama rapat antara kaum inilah yang terus disambung dan diperkukuhkan di bawah pentabdiran Datuk Seri Najib melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Anwar juga berbohong apabila beliau mengatakan nyawanya dalam keadaan bahaya dan mungkin menjadi mangsa pembunuhan politik.
Ini adalah satu lago sandiwara Anwar yang paling tidak masuk akal seperti juga wayang sakit tulang belakang dan isu arsenik.
Bagi mereka yang masih ingat, timbul satu isu hangat sekitar tahun 1999 ketika beliau menjadi banduan Penjara Sg Buloh di mana pembangkang memfitnah kerajaan cuba membunuh Anwar melalui keracunan arsenik.
Pembangkang mendakwa kesan daripada keracunan arsenik itu dilihat daripada keguguran rambut Anwar namun setelah lebih 14 tahun isu itu digembar gemburkan Anwar masih hidup segar bugar serta mampu diinterbiu oleh media asing di Paris pula!
Anwar juga berbohong apabila mengatakan semasa di penjara, beliau menyaksikan ramai banduan diseksa dan mendakwa beribu banduan yang merengkok dalam penjara di seluruh negara ini dilayan seperti itu.
Jika benar perkara ini berlaku mengapa Anwar tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak Manusia (Suhakam) atau menggunakan platform kegemarannya, Suaram seperti mana dalam isu Scorpene.
Jika pembangkang boleh menyebar propaganda serta mensensasikan isu berhubung kematian individu seperti Teoh Beng Hock dan A. Kugan, apatah lagi apabila ia melibatkan beribu-ribu individu lain?
Tuduhan Anwar yang tidak logik ini adalah hasil kebencian beliau terhadap kerajaan kerana menghalang beliau daripada mengapai kerusi perdana menteri yang amat diidamkannya itu.
Financial Times mengambarkan Anwar sebagai seorang yang kononnya sudah insaf dan sedari kesalahannya daripada seorang tokoh yang memperjuangkan Ketuanan Melayu bertukar kepada pemimpin Melayu yang bongkak kepada pemimpin yang sudah belajar daripada kesilapannya.
Sebenarnya Anwar tidak pernah berubah sejak dari zaman memimpin Abim hinggalah menganggotai pentadbiran kerajaan dan mengakhiri karier politiknya sebagai ketua pembangkang.
Ia tetap seorang yang 'arrogant' atau bongkak seperti mana yang ditonjolkan oleh Financial Times.
Anwar adalah seorang 'political animal' yang menggunakan agama Islam sebagai baju politiknya bagi mengaburi mata musuh dan taulan.
Dalam kosa kata Anwar tidak ada istilah ketaatan atau berbudi, semua yang mampu ditunggangi atau eksploitasi akan beliau pergunakan sehabis mungkin.
Yang penting bagi Anwar ialah menjayakan agenda politiknya dan pengaruh lobi Zionis-Yahudi yang memainkan peranan utama dibelakangnya.
8 comments:
nak p menyelam pasai kapai selam kot?
dia p kutip duit tambahan lg utk pru ni
Dia nak ambik Jam Omega tiruan tu dah siap
dia laki bini anak beranak pi mintak restu ngan tok dajal yahudi di Paris tu, sebelum pi berkempen...
amacam kalau dia tumbang di Permatang Pauh. Angin meluat ke Anwar dah bertiup kencang disana.
berkobar2 nampak.....jgn cakap jerr.....let practise it.....kasi hantam ni pr....kasi ancuss ni pr......sebarkan matlumat yg factual ke seluruh negara psl kehancuran yg depe bwk.....pls be reminded N9 nmpk cam dema ada potensi beso.....so, let gayang this kind of information ke org N9
pi mintak bantuan kot sbb derma tin milo pas cukup2 utk pemimpin pas je
Sebaik kekuatan dari kata keramat 'KETUANAN MELAYU' berkubur, darjat MELAYU turut terhakis dan tak mungkin dapat dikembalikan. Itulah target mereka.
Post a Comment