Anthony Loke Masih Gagal Buktikan 500 Perwakilan DAP Tangani Surat


Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.

Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari tuduhan manipulasi dan menipu undi.  Guan Eng juga tidak mampu menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal.

Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir’, tidak dapat diterima langsung. 
Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada ROS?   Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat?

Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu DAP tidak perlu mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula.   Dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup ‘takut’ jika terpaksa dibubarkan.

Nampaknya, baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng, langsung tidak merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan juga.  Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang.

Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator.  Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya.

1 comments:

Anonymous said...

Kalau dah babi memang lah babi, tak akan bertukar jadi lembu.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive