Ancaman Bunuh Tun Mahathir...!!


Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau C.N. Afghani hari ini menjelaskan, tujuan rancangan untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah bagi mempercepatkan proses pemerintahan Pas di negara ini.

Ujarnya, beliau bersama rakan-rakannya yang begitu terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi berpendapat, Pas tidak akan dapat memerintah selagi parti itu bergantung dengan sistem pilihan raya sedia ada.

Mahu tidak mahu, katanya, beliau dan rakan-rakan perlu berbuat sesuatu supaya Islam dan hukum hudud boleh dilaksanakan segera di Malaysia.

"Sistem pilihan raya yang ada dalam negara ini sukar untuk Pas menang, jadi disebabkan itu, lambatlah parti ini hendak memerintah dan lambatlah juga Islam hendak memerintah.

"Jadi untuk cepatkan (Pas) perintah, saya dan rakan-rakan merancang untuk merampas kuasa secara kekerasan dan antaranya, jalan paling mudah, kita culik atau bunuh Perdana Menteri ketika itu (Dr. Mahathir)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi temu ramah bersama media dengan ulama-ulama pondok Kedah dan Kelantan.

Pada 25 Mac lalu, Zainon membuat pendedahan di Pasir Puteh bahawa rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan UMNO kafir.

Ekoran itu, Zainon berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku? berkata, komplot itu adalah ideanya dengan rakan-rakan lain tanpa penglibatan pemimpin Pas.

"Maknanya kita yang sendiri (rancang), hasil daripada Amanat Haji Hadi. Hasil daripada kita hendak melihat hukum hudud terlaksana.

"Sebab itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turunkan tandatangan tidak mahu laksanakan hukum hudud, kami terlalu kecewa," katanya.

Kata Zainon, sejak Pas mendapat rakan baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta ramai pemimpinnya menjadi Yang Berhormat serta hidup mewah, mereka lupa kepada perjuangan asal parti.

"Jika saya tahu yang mereka tidak mahu tubuhkan negara Islam, saya tidak akan berhenti kerja. Buat apa saya hendak berhenti menjadi guru?" katanya kesal. Utusan

Tun M Gesa Rakyat Johor Kuburkan Politik Kit Siang Di Gelang Patah


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.

“Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.

Menurut Tun Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.

Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” katanya.

Menurut sumber, keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR. Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.

Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaannya Jui Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.

Selain Jui Meng, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang, Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor.

Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.

Sekiranya sebelum ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng.

Dan seperti biasa, kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.

Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati. Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja kerjaya politiknya itu.

PEMIMPIN PEMBANGKANG TAKUT KALAH RELA TINGGALKAN PENGUNDI


Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.

Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.

Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.

Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.

Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.

Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.

Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.

Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.

Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.

Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.

Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.

Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.

Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.

Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

PAS Larang Anwar Ke Masjid Dan Surau...


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.

Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

10 Sen Nilai Anwar - Tun Mahathir


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive