HOT BEB!!! Pendedahan Lembu-Lembu NFC




2007 Penyediaan tapak National Feedlot Centre

  • Jan ‘07 NFC Implementation Planning
  • Mar-Dec ’07 Infrastructure Development oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

 

Apr ‘07: Infrastructure Development in Gemas,Negeri Sembilan


Sept ‘07 : Land Clearing in Gemas,Negeri Sembilan


Jan ‘08 : Feedlots of National Feedlot Centre being constructed

Kronologi

2008
Pembinaan Tapak National Feedlot Centre

  • Jan-Apr ’08 Pembinaan National Feedlot Centre oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd
  • Jan ’08 Pengendalian shipment lembu ke Kluang

Operasi National Feedlot Corporation

  • Apr ’08 Pengelolaan projek NFC di Gemas (Batch 1)
  • Nov ’08: Penyembelihan bermula di rumah sembelih Senawang


Feb ‘08 : Feed Store of National Feedlot Centre being constructed


Feb ‘08 : Residential and Offices of National Feedlot Centre being constructed


Apr ‘08 : Completed Office Blocks of National Feedlot Centre


Apr ‘08 : Completed Residentials of National Feedlot Centre


Apr ‘08 : Completed Feed Store of National Feedlot Centre


Apr ‘08 : Completed Feedlot of National Feedlot Centre


Apr ‘08 : Feeding begins at National Feedlot Centre!


Apr ‘08 : Feeding begins at National Feedlot Centre!


Nov ‘08 : NFC at Senawang


Nov ‘08 : NFC at Senawang



HOT BEB!!! Ridhuan Tee Abdullah Maki Azri Puki!!!!



Secara peribadi, sebagai ahli akademik, saya amat menghormati bidang kepakaran seseorang. Bidang kepakaran inilah yang menentukan sama ada seseorang layak dipanggil pakar atau tidak. Namun, gelaran profesor tidak semestinya menjadikan seseorang itu terlalu pakar, sehingga boleh menidakkan kepakaran orang lain yang tidak sebidang dengannya. Dalam bidang agama sekalipun ada pecahan kepakarannya seperti usuluddin, syariah, akidah, dakwah dan lain-lain lagi. Bidang perubatan usahlah dibincangkan kepakarannya. Apa yang meloyakan lagi, ada orang merasakan dengan sedikit kelayakan yang ada, semua bidang dia mahu bercakap.

Kepakaran adalah bidang pengkhususan. Gunakanlah kepakaran tersebut untuk kebaikan terutama dalam menjaga maslahah agama, bukan diperalatkan. Janganlah terlalu ghairah mengatakan orang ini betul, orang itu tidak betul, tanpa merujuk kepada konteks yang di maksudkan. Pada saya, di sinilah penelitian yang perlu dilihat oleh Aziz Bari, bukannya ghairah menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh ultra kiasu, seolah-olah memperlihatkan di Malaysia ini tidak ada lagi yang lebih pakar selain Aziz Bari. Jika Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim masih hidup, mungkin Allahyarham akan tersenyum.

Inilah gambaran yang cuba dibuat oleh akhbar dan laman web ultra kiasu. Saya hanya membela diri setelah diserang bertubi-tubi melalui kenyataan Aziz Bari. Rujuklah sama pakar-pakar lain yang tidak kurang pakarnya seperti Profesor Shad Saleem Faruqi, Zaleha Kamaruddin dan ramai lagi profesor undang-undang. Tidak ketinggalan pengamal undang-undang seperti Mohamad Safiee Abdullah dan Sulaiman Abdullah. Kenapa mereka tidak dirujuk? Jawapannya, kerana pandangan mereka tidak menyebelahi ultra kiasu. Profesor pakar di Institut Pengajian Tinggi dilabelkan sebagai profesor kangkung, yang tidak kangkung hanyalah Aziz Bari.

Pada saya, sepakar manapun kita, memang kita sepatutnya bercakap benar. Saya puji keberanian itu. Tetapi fikirkanlah sama, implikasinya terhadap agama, bangsa dan negara. Cakap jangan ikut sedap mulut. Mengkritik raja-raja Melayu secara terbuka, yang menjadi payung kepada agama Islam perlu dibuat secara berhati-hati, supaya tidak merugikan Islam. Kenapa ultra kiasu semakin berani memijak-mijak atau mencabar kesucian agama kita, ada kaitan dengan persekongkolan kita.

Kenapa Aziz Bari tidak tampil membela mereka yang telah dimurtadkan? Kita hanya akan faham situasi yang sebenar jika melibatkan diri bersama khalayak dan NGO-NGO Islam, bukannya sekadar duduk dalam bilik membaca buku. Down to earth amat penting. Selamilah keadaan sebenarnya bagaimana Islam diratah dan dimamah oleh musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu? Jangan hanya pandai bercakap, praktikalnya entah ke mana. Bidang kepakaran satu hal, dengarlah sama rintihan-rintihan dan keluhan-keluhan akar umbi. Jangan syok sendiri kerana kita adalah pakar.

Semua tulisan dan kenyataan saya buat hendaklah difahami dalam bentuk konteks yang ingin disampaikan, bukan sekadar mendengar serba sedikit atau membaca separa dua. Inilah yang selalu dilakukan oleh ultra kiasu, memanipulasikan isu. Apa yang menyebelahi mereka disenyapkan, yang mana tidak, akan diheboh-hebohkan untuk mendapat perhatian.

Yang jelas, kita mudah melatah seperti apabila ultra kiasu meminta pandangannya. Janganlah terlalu bangga kerana dalam segala hal ultra kiasu meminta pandangan kita. Saya dihubungi saban hari oleh pelbagai jenis media untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, tetapi saya tidaklah terlalu obsess. Ada timbang taranya . Ini tidak, pantang ditanya, melatah selalu.

Menurut Aziz Bari, kenyataan saya tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama. Persoalan saya, adakah Islam memberikan kebebasan yang begitu luas kepada minoriti sehingga menenggelamkan kedudukan Islam sebagai agama majoriti? Jika kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud, apakah perlu bertanya kepada orang bukan Islam seorang demi seorang yang tidak sampai sepuluh peratus? Jika begitulah keadaan, kenapa umat Islam di China, terpaksa mengikut dan menurut undang-undang komunis di sana sehingga puasapun tidak dibenarkan?

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Misalnya kajian Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah (2006), antara memilih calon Umno yang dikatakan ‘korup’ dengan calon Pas yang dikatakan mempunyai integriti. Jawapan kajian tersebut adalah, orang Cina lebih memilih Umno walaupun korup daripada memilih Pas yang mahu melaksanakan hudud. Orang Cina lebih rela bersama Umno daripada hidup di bawah undang-undang Islam. Saya hanya melaporkan kajian orang lain.

Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia?

Misalnya, antara agenda Seksualiti Merdeka akhirnya nanti adalah mahu menghalalkan hubungan sesama jantina seperti yang berlaku di barat. Kenapa kita begitu menjaga hak asasi ini? Sedangkan undang-undang Tuhan tidak dipedulikan. Saya hanya mengambil contoh bagaimana orang Melayu dijinakkan oleh Lee Kuan Yew di Singapura melalui ‘kekerasan’. Bila saya berhujah sebegini, mereka katakan jangan bandingkan Malaysia dengan Singapura.

Apabila hak kita disentuh, kita disuruh berdiam diri, seperti isu sembelihan korban yang dicadangkan oleh Majlis Agama bukan Islam supaya penyembelihan korban tidak dibuat di tempat awam seperti di sekolah dan padang awam. Cuba kalau kita keluarkan kenyataan jangan rayakan perayaan Thaipusam, hantu lapar, kau ong yeh dan lain-lain perayaan, di tempat-tempat awam mengambil kira sensitiviti umat Islam dan kesusahan yang dihadapi akibat kesesakan jalan raya. Begitu juga dengan babi-babi diangkut berlori-lori sepanjang jalan raya. Saya boleh gambarkan seolah-olah Malaysia akan kiamat melalui bantahan demi bantahan atas asas hak asasi manusia.

Kenapa hari ini mereka begitu kurang ajar? Kenapa dahulu mereka tidak berani mengangkat muka pun. Jawapannya, kenapa mereka tahu, ada umat Islam yang mudah diperalatkan. Perlembagaan boleh dipinda jika umat Islam bersatu. Amat malang sekali Malaysia yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu tidak dapat melaksanakan identiti Islam di negaranya sendiri. Inilah konteks yang perlu difahami oleh Aziz Bari.

Aziz Bari boleh bertanya pada saya jika ada kekeliruan. Janganlah terlalu menunjuk pandai di hadapan ultra kiasu. Ianya tidak akan menguntungkan Islam. Saya ahli akademik dalam bidang politik dan kerajaan, pernyataan saya perlu dilihat dari sudut kepakaran. Begitu juga beza antara penteori undang-undang dengan pempraktikkan undang-undang. Cubalah menyelami apa yang dikatakan oleh Profesor Mohd Kamal Hassan. Kebebasan akademik ada limitasinya. Janganlah terlalu ghairah untuk menunjukkan kepandaian. Wal hal sebenarnya tidak.

HOT BEB!!!! Gaji Pengurus PKNS 1 Juta, Itu Janji Khalid Gagap...!!!



MB Selangor Khalid Gagap akhirnya dengan gaya bongkak mendakwa Pengurus Besar PKNS sememangnya layak menerima gaji jutaan ringgit atas krelibiliti beliau sebagai seorang tokoh korporat.

Beliau juga menganggap jumlah gaji ditambah dengan elaun yang diberikan itu sememangnya keistimewaan yang diberikan bagi meningkatkan prestasi kerja beliau yang memegang jawatan tertinggi sebuah Perbadanan di dalam Negeri yang pesat membangun dan terkaya di Negara ini.

"Kerajaan Negeri Selangor membri pendapatan dan elaun kepada Pengurus Besar berdasarkan prestasi beliau dan PKNS itu sendiri. Malah sejak dilantik pada 2009, dia merupakan seorang tokoh yang ada potensi yang baik."

Oh.. Boleh bagi jutaan ringgit. Inilah maksud sebenar Negeri Berkebajikan yang kamu dok jaja masa PRU12 sebelum ni. Kebajikan diberikan kepada 'pekerja2 bawahan' kamu Khalid Gagap. Duit Kerajaan Negeri. Ini memang nak kena tunggu Sultan Selangor beri amaran sekali lagi.

Mana Hantu Zuraida? Ini yang perlu kamu tegur dan desak agar SPRM siasat sehingga ke lubang cacing. Duit Kerajaan Negeri yang merupakan duit rakyat kamu keluarkan RM40 Ribu setiap bulan hanya untuk seorang Pengurus sebuah Perbadanan? Ini baru cerita Gaji Pengurus PKNS. Belum tengok lagi elaun2 dan komisyen2 yang diterima oleh Exco2 dan kamu sendiri Khalid Gagap.

NFC yang secara jelas bukan milik Kerajaan, malah modal yang diperolehi pun melalui Pinjaman Bank dan Pelaburan sebuah kondo hasil Si Zuraida menyalak macam anjing. Ini terang2 duit Rakyat kamu dok sogok dengan elaun2 yang melampau sehingga mencapai jutaan ringgit sebulan, hanya untuk seorang pengurus. Itu yang dibongkar. Bagaimana pula dengan elaun Anwar. Gaji RM1, elaun? RM1 Juta?

Wang tersebut lebih layak diberikan kepada yang berhak menerima iaitu Rakyat Selangor. Itu wang mereka. PKR juga yang dok canang kata UMNO guna wang rakyat mentah kedarah projek2 DBKL. Ini wang siapa? Wang keturunan nenek moyang kamu Khalid?

PAS Hilang Hilang Taringnya..!!



Dulu PAS nampak garang dan sanggup buat apa saja termasuklah berdemonstrasi semata-mata kerana mempertahankan penganut dan lslam itu sendiri.

PAS tidak pernah menikus  kerana takut kehilangan undi orang-orang Melayu dan juga bukan Melayu.

Tokoh-tokoh PAS berpegang kepada  dasar “berani kerana benar” maka PAS dilihat menjadi benteng lslam di negara ini.

PAS menggambarkan UMNO sebagai terlalu pragmatik dan liberal hingga terlalu berkompromi dalam hal-hal agama lslam.

Kerana itu sejak merdeka, UMNO kehilangan hampir separuh undi Melayu yang berpaling kepada PAS kerana stigma yang ditampalkan PAS hampir 50 tahun itu.

Kini apa yang UMNO sudah buat sejak 1946 bukan saja ditiru malah dijadikan asas perjuangan parti itu. Kini PAS cuba menggambarkan parti itu “lebih liberal daripada UMNO malah lebih pro bukan Melayu.”

Dulu sejak DS Anwar Ibrahim masih di universiti lagi,  setiap kali ada pihak memperlekeh agama Allah, budak-budak PAS dan para pelajar ini keluar berdemonstrasi.

Masuk keluar lokap dan penjara sudah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya perjuangan mereka.

Hari ini semuanya tinggal sejarah dan PAS bukan lagi “the savior of lslam” di negara ini.

Ooppps . . . .beberapa bulan lalu ada juga yang sanggup masuk lokap kerana berdemonstrasi bersama Bersih 2.0--itu kerana mereka menjadi dalang DAP dan penganjurnya Ambiga.

Setiap kali Israel menyerang rakyat Palestin atau menceroboh bumi Palestin, budak-budak PAS berada di barisan depan membantah.

Turut ditempelak tentu saja Amerika Syarikat yang dilihat boneka Israel dan banyak kali juga kita lihat bendera “paman Sam” itu dipijak dan dibakar.

Kini PAS sudah sedar perbuatan itu merugikan perjuangan mereka kerana orang-orang bukan lslam tidak suka melihat Malaysia anti-Israel dan anti-Amerika syarikat.

PAS dan PKR nampaknya membiarkan isu-isu yang merugikan masa depan orang-orang Melayu di negara ini diperjuangkan rakan mereka, DAP.

Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) juga membiarkan isu-isu fitnah serta serangan peribadi dijadikan isu ceramah oleh DAP di setiap tempat.

Pendedahan yang dibuat oleh media massa termasuk media berbahasa Cina mengenai perkara ini bukan saja didiamkan  malah mereka dilihat seperti memberikan sokongan.

Pemimpin-pemimpin Melayu di pelbagai peringkat dalam PKR kini macam terperangkap kerana gagal menyekat DAP dari memainkan isu-isu perkauman serta isu-isu yang merugikan perjuangan orang-orang Melayu.

PAS menyedari sejak menjadi  komponen  “haram” dalam PR, ia  lebih merugikan perjuangan parti itu dan menjadi liabiliti kepada umat lslam di Malaysia.

Sikap PAS yang berdolak dalih dan menghalalkan perjuangan yang haram itu kerana semata-mata kemarukan  undi cina.

Kerana sikap PAS ini maka DAP semakin bermaharajalela mempersendakan pelbagai perkara termasuk hak orang-orang Melayu serta juga hal-hal yang ada kaitan dengan agama lslam.

DAP boleh baca kedudukan PAS kini dan kerana itu DAP tidak takut PAS akan meninggalkan PR. PAS dilihat seperti memberikan DAP lesen besar untuk mendepani orang-orang Melayu dan agama lslam.

Tanpa undi cina, PAS  bukan saja akan kehilangan pengaruh malah harapan untuk mengekalkan kerusi-kerusi sekarang tidak akan tercapai.

Media cetak serta portal berita pro PAS menjadikan orang Melayu UMNO sebagai sasaran. DAP bebas buat apa saja kerana “media ini” tidak lagi seberani zaman gemilangnya.

Isu terbaru yang membuka pekung tentang perjuangan DAP ialah mengenai kenyataan salah seorang tokoh parti  berhubung pengurangan kakitangan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata jika DAP berkuasa, parti itu akan mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan. Seperti yang diketahui, 90 peratus kakitangan kerajaan adalah berbangsa melayu.

PAS nampaknya menikus untuk berpiket atau berdemonstrasi mengenai isu ini seperti mereka begitu berani menyertai demonstrasi Bersih 2.0 tempoh hari.

Mana dia Hadi Awang yang menjuarai hak asasi sedangkan pada masa sama apabila kakitangan kerajaan berdepan isu-isu ini, dia kecut dan hilang keberanian.

Kalau dulu dia sanggup ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa, kini dia nampaknya macam bersetuju dengan DAP.

Di Perak, Pemuda MCA terpaksa  membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin DAP negeri kerana memfitnah tujuh pemimpin MCA dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain ucapan tokoh DAP itu yang dibuat semasa meraikan ulang tahun ke-45 parti itu di Ipoh pada 13 Oktober lalu tersiar dalam youtube, ia juga diedar melalui DVD.  Laporan polis dibuat di ibupejabat polis Ipoh disertai 20 ahli parti termasuklah Pengerusi biro pengaduan awam  Datuk Michael Chong.

Mereka mahu pihak polis menyiasat tokoh DAP   itu mengikut seksyen 499 Akta Hasutan. Agenda Daily

Angan-Angan DAP Mahu Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri!!!!



DAP sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai prinsip parti itu semata-mata mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sedangkan sebelum ini katanya, Karpal sendiri yang telah mendesak supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang ekoran rancangan pemimpin PKR itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

“Ini menunjukkan hanya kerana mahu mengambil alih Kerajaan Persekutuan, DAP sanggup menukar pendirian dan menentang prinsipnya sendiri.

“Jika pemimpin seperti Karpal boleh dengan mudah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, ini membuktikan DAP sanggup membuat banyak pusingan U dan menentang prinsip sendiri semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataannya berkata, pendirian Karpal yang mendakwa hanya Anwar yang layak menjadi Perdana Menteri adalah satu pembohongan bertujuan memperdaya rakyat.

Menurut beliau, DAP seringkali menguar-uarkan janji kononnya Anwar merupakan pilihan pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri selain menjadikan Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, dakwaan mereka itu tidak pernah disokong atau dipersetujui oleh Pas,” katanya.

Sebaliknya kata beliau, Pas telah menegaskan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang lebih layak memegang jawatan Perdana Menteri.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive