Blog dan lidah lidah pakatan pembangkang riuh rendah dengan gambar DS Najib yang sedang dicalit dalam upacara keagamaan agama Hindu.
Teknik ini berjaya dari segi keseluruhannya akan tetapi tidak pada sudut 'colour tone' yang mana muka DS Najib kelihatan lebih cerah berbanding 'background' yang kelihatan agak kusam atau disebut 'overlight'.
Selain itu jari wanita yang sedang mencalit itu juga mengurangkan lagi peratus fitnah ini untuk berjaya. Antara aktiviti 'crop' mahupun meniru kembali bentuk manusia, bahagian-bahagian kecil seperti jari adalah perkara rumit yang biasa di alami pengguna Photoshop/Illustrator.
Dan perkara ini kita boleh lihat pada jari wanita terbabit yang kelihatan seolah-olah terapung-apung di awangan.
FITNAH kotor seperti ini harus ditentang habis-habisan ! :- Suara Lensa
Lihat dan dengar video ini dalam video ini ada membuktikan sura Hadi Awang memberi ucapan amanat dan dalam ucapannya Hadi Awang mengatakan perjuangan pas berlandaskan Al-Quran pada tahun 1981 dan sekarang ini zaman moden Hadi Awang tidak lagi berjuang berlandaskan Al- Quran tetepi mengikut kehendak Buku Jingga.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sekali lagi mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor agar tidak bermain politik berhubung isu penyelewengan pasir di negeri itu.
Malah beliau turut mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan ‘perbicaraan’ secara terbuka kerana isu berkenaan melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini.
Noh berkata, beliau bersedia untuk menghadiri perbicaraan itu dengan membawa segala bukti dan dokumen serta akuan bersumpah orang-orang terlibat.
“Kenapa saya perlu tampil dan kemuka bukti kepada TI (Transparency International) sedangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak meyakinkan rak yat bahawa ada tindakan selepas penyiasatan dilakukan.
“Pada saya, Kerajaan Negeri tidak jujur dan tidak telus kerana sehingga hari ini siasatan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) dibuat secara tertu tup tidak pernah diumumkan keputusannya malah, berhenti separuh jalan,” katanya, semalam.
Noh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mahu beliau tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir kepada ahli panel TI.
Isu pasir kembali hangat apabila pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie bersama Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari didakwa terlibat dengan skandal itu.
Pendedahan itu bukan pertama kali kerana sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Noh turut menyindir Kerajaan Negeri yang bersikap ‘double standard’ kerana apabila ada kes melibatkan bekas pemimpin BN, Selcat telah dijalankan secara terbuka tetapi bila ada dakwaan penyelewengan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya ditutup.
“Apabila kes tidak diselesaikan Selcat, sudah tentu isu pasir tidak boleh dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Apakah Selcat ini ditubuhkan hanya untuk mencari keburukan dan kelemahan pemimpin BN sahaja, tetapi apabila melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya didiamkan?” katanya.
Beliau berkata, sekiranya perbicaraan rakyat itu diadakan, Abdul Khalid perlu bersedia untuk mengambil sebarang keputusan walaupun terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
“Jika saya bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya bersalah, Abdul Khalid juga perlu bersedia bertindak seperti letak jawatan atau pecat dua Adun yang didakwa melakukan penyelewengan itu atau bubarkan sahaja KSSB.
“Saya mahu perjanjian ini dibuat lebih awal dan terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk menyatakan persetujuan dalam masa terdekat. Lagi cepat lagi bagus bagi memperjelaskan isu pasir ini kepada rakyat,” katanya.
Seramai 76 ahli dan penyokong tegar Pas di Kampung Wakaf di sini mengumumkan keluar parti di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Limbongan, Zainuddin Awang Hamat pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggung di sini hari ini.
Serentak dengan itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden, Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff .
Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Ruhjan Salleh dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md. Nor.
Sementara itu, Nik Sapeia ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata, penyertaan kesemua bekas dan penyokong Pas itu membuktikan rakyat menerima perjuangan PPP dalam Barisan Nasional (BN).
"PPP menghormati kehadiran semua pihak dan tetap berpegang kepada konsep telus rakyat untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka selaras dengan amalan demokrasi," katanya.
Beliau berkata, ia juga membuktikan bahwa rakyat negeri ini memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan negeri ini dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik lebih ramai penyokong Pas dan pengundi atas pagar untuk menyertai PPP.
"Kami tidak segan atau malu untuk menyerahkan borang keahlian PPP yang sekali gus membawa erti kami mengisytihar keluar parti Pas walau pun ia disaksikan sendiri oleh pemimpin Pas.
"Kami menghormatinya selaku 'Yang Berhormat atau wakil rakyat' dan pada masa yang sama kami berpegang kepada hak kami selaku pengamal demokrasi yang berhak memilih parti politik yang disukai untuk disokong.
"Kami faham parti politik bukan warisan pusaka atau sebahagian anutan agama kerana ia sekadar wadah untuk memilih teraju kepimpinan. Rakyat bebas untuk menyatakan pendirian mereka dan bebas memilih parti yang dianggap lebih cakna dan berupaya untuk membela kebajikan mereka," katanya.
Blogger Panglima Perang Cyber mendedahkan ada lahanat PKR cuba mengaibkan Perdana Menteri dengan tanda calit di dahi.
Gambar ini diambil dari twitter totok PKR bernama Kamal Zakariah. Adakah benar gambar di atas ?
Barangkali terlalu kelam kabut mahu menutup 'kemaluan' Tuan Haji Anwar Ibrahim, juak-juak PKR hanya mampu melakukan superimpose gambar Najib.
Gambar Najib ini cukup mudah dicari di laman web. Klik sahaja google image, nescaya keluar gambar ini ...
Atau mungkin rakyat boleh melayari laman web ini, bagaimana juak-juak PKR begitu terdesak menggunakan gambar Najib sebagai galang ganti untuk diaibkan.