HOT BEB..!!!! Wang Komisen Scorpene Ada Dalam Akaun DAP


Kita sedia maklum bagaimana Pakatan Rakyat, melalui SUARAM telah membuat tuduhan berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam rasuah, malah pembunuhan, dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh Kementerian Pertahanan.

Bagi menguatkan tuduhan ini, SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa nama, termasuk Perdana Menteri, akan disapina.

Namun, akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus tidak timbul soal sapina. Malah, pihak kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang sanggup mempermainkan Hakim, Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia.

Nama-nama syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga scorpene. Manakala Perimekar pula jelas bukannya menerima komisen, tetapi bayaran yang sah atas khidmat menyediakan kediaman lengkap, elaun, tambang pulang bercuti, kos latihan kepada pegawai, krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun.

Pihak polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan.

Lebih menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan hak dan keadilan ini, semakin dicurigai. Sehingga kini, SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan mereka dengan pasti.

Apapun, setelah terkantoi, SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam menangani isu.

Enggan mematikan isu ini, DAP mengambil alih membangkitkan semula isu yang sudah semakin padam ini. Untuk itu, akhbar TheROCKET 15 Julai 2012, menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait kerajaan, Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam. Kononnya, carta aliran yang dilakarkan mereka itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.

Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan ‘penerangan atau penjelasan’ tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja. Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri. Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.

Penulis atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.

Tetapi, bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional.

Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat. Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah pun terkantoi. DAP, PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi. Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng. Dan semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang mereka-reka isu rasuah scorpene.

Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pembangkang. Kemuncaknya ialah apabila ‘penulis cereka fiksyen tersohor’ mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini.

Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga. Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini. Sekali gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi penulis di atas punya sedikit kebenaran?

DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU


Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.

Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.

Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.

Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.

Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967.

Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.

Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Pertama, ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam.

Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading.

Tanpa peruntukan ini, sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka.

Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini.

Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan!

Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.

Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.

Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang?

Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak, pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP.

Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN.

Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi.

Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Rakyat.

Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.

Wanita Yang Dikaitkan Dengan Azmin Ali 'Lari' Ke Luar Negara?


April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.


Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.

HOT BEB..!!! Mangsa Liwat Anwar Ibrahim Yang Terbaru Buat Laporan Polis..!!!!


Papa Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.

Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.


"Can I Fuck U Today?"

Laporan Polis oleh Mahasiswa itu dibuat di Balai Polis Negeri belah Utara. Sama sama kita nantikan apa perkembangan selanjutnya. Selanjutnya Di PAPA GOMO

Lim Guan Eng Diminta Mencontohi Bill Clinton.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta mencontohi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang tidak takut untuk tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan skandal beliau dengan Monica Lewinsky Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Guan Eng tidak perlu menjadi penakut untuk membersihkan integriti dan maruahnya yang telah tercemar.

"Jika tidak benar, buat sahaja penafian agar tiada sebarang tafsiran oleh mana-mana pihak yang hairan dengan sikap mendiam diri beliau apabila timbul sebarang isu.

"Saya percaya rakyat di Pulau Pinang pastinya tidak suka Ketua Menterinya dituduh seperti itu, jadi gunakanlah pendekatan yang betul dan bukannya asyik mahu menyaman dan mengugut mana- mana pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Guan Eng dan isterinya, Betty Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana di Melaka baru-baru ini, tampil dalam sidang akhbar berhubung dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan bekas kakitangannya, Ng Phaik Kheng.

Bagaimanapun hanya Betty Chew yang bersuara menafikan dakwaan itu manakala Guan Eng hanya berdiam diri.

Dalam pada itu, Reezal Marican menggesa Guan Eng berhenti membuat sebarang pelawaan untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin, sebaliknya membuktikan beliau benar-benar membela kebajikan rakyat Pulau Pinang.

Katanya, Guan Eng tidak perlu membuktikan debat adalah satu amalan yang bagus sedangkan beliau sendiri seorang pengecut dan bacul.

"Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO negeri pernah menjemput beliau berdebat untuk membincangkan pelbagai isu dasar termasuk Bayan Mutiara di negeri berkenaan namun beliau diam sahaja apatah lagi hendak bersemuka.

"Jawablah jemputan tersebut terlebih dahulu sebelum asyik menyuruh mana-mana individu atau pemimpin lain berdebat," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam satu portal berita propembangkang yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelan dan dasar-dasar pembangunan negara bagi membuktikan beliau layak memimpin Malaysia.

Menurut Reezal Merican, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip, bukannya cakap tak serupa bikin.

"Debat perlu dijadikan amalan namun apabila perkara membabitkannya timbul seperti isu hubungan dengan bekas pembantunya, beliau terus tidak bersuara malah, isterinya pula yang tampil membuat penjelasan," katanya. Utusan

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive