Mengapa Anwar Beri Laluan Kepada Lim Kit Siang Bertanding Di Gelang Patah ???


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila menyerahkan kerusi Parlimen Gelang Patah untuk ditandingi Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.

Pengumuman itu dibuat ketika Anwar berucap dalam majlis yang turut dihadiri Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Gelang Patah menjadi kerusi tradisi DAP sebelum 2004 dan telah ditandingi calon PKR pada Pilihan Raya Umum 2008 dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) (2004) dan kali ini kembali semula kepada mereka. Utusan

Kembalinya kerusi DAP di Gelang Patah bukan saja untuk menawan Johor dari BN ini mungkin strategi tersembunyi DAP yang di pimpin Lim Kit Siang...klik Disini

Isu Lahad Datu - DAP Cuba Ambil Kesempatan Bawak Masuk Chin Peng


Nampaknya DAP cuba ambil kesempatan diatas isu di Lahad Datu apabila cuba membawa masuk Chin Peng Pengganas Komunis yang telah membunuh prajurit kita sebelum ini terutama peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Maklumat terkini yang diperolehi Chin Peng waktu ini berada di Singapura dan akan cuba masuk melalui Johor.

Harap rakyat sedar agenda DAP yang disokong PAS dan PKR dalam pekara ini. Chin Peng perlu dihalang masuk ke Malaysia. Jika perlu BUNUH kita rakyat sendiri akan BUNUH Chin Peng pengkhnianat Negara.

Psssttt.... Ngeh Dan Ngah DAP Perak dalang membawa masuk Ching Peng kerana Ketua komunis itu bapak saudara mereka. Papa Gomo

SAMSENG UPAHAN PAKATAN SERANG ZULKIFLI NORDIN..!!!!


Semalam SAMSENG -SAMSENG UPAHAN PKR telah menggangu progran ceramah anjuran NGO di Guar Perahu yang menampilkan Naib Presiden PERKASA, YB Datuk Zulkifli Nordin & Musyidul Am TIBAI Sdr Zahid Mat Arip . Kehadiran hadirin yang hadir adalah dianggarkan 600 orang . Lihat disini GPB

PEMBANGKANG BERSEKONGKOL DENGAN PENGGANAS SULU


Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.

Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara.

Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan
merampas kuasa politik.

Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.

Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.

Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.

Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.

Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka.

Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.

Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.

Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara.

Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu melalui teknik photoshop, ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.

Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu.

Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.

Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan luhur.

Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat, pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.

Umpamanya, Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.

Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.

Ini termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.

Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.

Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.

Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.

Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.

Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.

Op Daulat : Seorang Pengganas Sulu Ditahan.

alt

Pihak Keselamatan Negara mengesahkan penangkapan seorang individu dipercayai pengganas di kawasan Felda Sahabat .

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini semalam.

Beliau menjelaskan, sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang.

Katanya, operasi penggeledahan kini sedang giat menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Dalam pada itu, penduduk kampung berdekatan dan para media diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," ujarnya.

Hamza turut menegaskan pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Tambahnya lagi, hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. KLPOS

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive