Kit Siang, Raksaksa Paling Digeruni Dalam Pakatan Rakyat...!!!!


Dalam kempen pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri. Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional. Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang.

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan. Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi.

Tun Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini. Rata-rata program yang menampilkan Tun Mahathir pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara. Kata-kata Tun Mahathir diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum. Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat.

Tun Mahathir tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati. Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja. Dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang. Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN. Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.

Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti.

Dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!

Kata mereka, dalam meletakkan calon pilihanraya, Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan. Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula. Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan.

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut. Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’. DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah. Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya. Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’. Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu. Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’. Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik?

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor. Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.

Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat. Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya. Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram.

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya. Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini. Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.

Wang Besar! DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army..


Red Bean Army iaitu sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas. Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000. Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

· menyerang laman web pro-kerajaan,

· menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,

· menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,

· mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,

· menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,

· mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,

· menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.

Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar. Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat.

Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa. Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu. Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato’ Michelle Yeoh. Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini. Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara ‘maya’ tetapi secara langsung juga. Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan ‘dipanjangkan’ kepada keluarga dan periuk nasi mangsa. Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan ‘tiada pilihan’.

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan. Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi ‘milik’ Anwar Ibrahim. Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam ‘perang menentang kerajaan’. Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini. Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu. Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti. Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya. Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya. Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk ‘membunuh orang’.

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet. Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan ‘spam’ supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya. Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah ‘dibeli’ kerajaan.

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka. Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak.

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini?

Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini. Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat? Wang pembayar cukai? Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti? Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP? Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK)?

Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal....



Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.


Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.


Artis Templak Pemimpin Pakatan Rakyat...!!

Tolak Hudud: PAS Anggap Khalid Ibrahim Kafir?


"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.

Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.

Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.

Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.

Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa, komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara.

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat.

Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud, bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas Khalid. Jika UMNO dianggap kafir, maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid, bukan begitu?

Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.

Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam. Itu sahaja nawaitunya sedari dulu.

PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat, maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.

Hujung-hujungnya kelak, selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive