KERAJAAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.
"Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan dengan mendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).
"Perkara ini akhirnya terpulang sama ada Raja bersetuju ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada "Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pemangunan Bangsa" di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam, Khamis.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sidang tergempar DUN bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.
Dr Mahathir juga menasihatkan sesetengah pihak agar jangan mempolitikkan isu pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.
"Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran.
"Itu adalah tanggungjawab baginda. Perkara ini dipolitikkan seolah-olah pegawai kerajaan mestilah memihak kepada parti dan sebagainya. Dia (pegawai kerajaan) hanya menjalankan tugas dan apa juga keputusan kerajaan, dia terpaksa melakukan dan tidak boleh bertindak secara bersendirian," katanya.
- Bernama
SATU MELAYU:
Sebenarnya kerajaan pakatan Selangor bukannya tak tahu segala yang diperkatan oleh ramai tokoh, ahli akademik dan juga mereka yang pakar undang-undang mengenai isu pelantikan berkenaan.
Segalanya mereka lakukan kerana kepentingan politik puak yang berkuasa di Selangor itu.
Mereka takutkan Mohd Khusrin kerana pada pendapat mereka SUK baru itu akan jadi spy atau agen kerajaan pusat.
Sebab mereka takut?
Tak lain tak bukan kerana mereka telah banyak buat salah selama berkuasa tiga tahun di negeri Selangor.
Mereka takut rahsia terbongkar bila SUK baru menjalankan tugas.
Mereka takut digari kerana mereka sedar bahawa kalau Mohd Khir Toyo – bekas MB Barisan Nasional, pun boleh kena dakwa, inikan pula mereka yang terang-terangan banyak buat salah dan menyeleweng.
Pemimpin yang jadi perompak dan penyamun di negeri Selangor sedang ketar lutut dan tak tidur malam memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka.
Berani kerana benar, takut kerana bersalah....
-Petikan Dari Blog Satu Melayu...
Post By....MAN LAKSA
2 comments:
Kalau tak buat salah, kenapa takut? Ini kerana mereka tahu Mohd Khusrin Munawi adalah seorang yang jujur dan tegas dan tidak akan menyembunyikan apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.
mereka tau semua itu tidak boleh dilakukan tetapi sengaja mahu menjadikan isu. nak perintah tak reti. politik jer yang dia orang tau.
Post a Comment