Memorandum yang dikeluarkan oleh GAPS menyatakan-
Menyedari bahawa dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja berperlembagaan yang diamal dinegar ini telah memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor kuasa eksekutif untuk memperkenankan mana-mana perlantikan tiga jawatan terpenting pentadbiran negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Sesungguhnya tindakan mempolemikkan isu perlantikan SUK hanaylah untuk mencabar wibawa dan kedudukan Istitusi Raja-Raja Melayu terutamanya DYMM Sultan Selangor.
Menyedari Menteri Besar telah sembah derhaka kepada DYMM sultan Selangor dan menipu seluruh rakyat negeri Selangor dengan mengubah, memutar belikan dan memanipulasi titah perintah DYMM Sultan Selangor seperti yang diterangkan semula oleh Yang Setia Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor dalam kenyataan Istana Selangor bertarikh 4hb Jan 2011. Jelas bahawa apa jua yang diperkatakan oleh Menteri Besar adalah satu permainan politik yang cuba menipu rakyat.
Oleh yang demikian-
- Kami mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco yang menyokong beliau iaitu Yaakop Sapari, Xavier Jayakumar, Taresa Kok, Rodziah Ismail dan Halimah Ali agar berhenti mempolimikkan dan mempolitikkan isu perlantikan Datuk Mohammed khusrin Munawi sebagai SUK
- Kami mendesak agar Menteri Besar Selangor bersikap professional dengan melayan kakitangan awam Negeri Selangor dengan baik, berhikmah dan berperikemanusian kerana mereka merupakan tulang belakang utama kepada kemajuan, keamanan dan kesejahteraan Negeri Selangor Darul Ehsan.
- Menteri Besar Tan Sri khalid Ibrahim adalah seorang PENDERHAKA RAJA MELAYU, PEMBOHONG RAKYAT DAN MENGADU DOMBA POLITIK DALAM PENTADBIRAN NEGERI. Kami rakyat Negeri Selangor telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau. Dengan ini kami mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meletekkan jawatan dengan segera
Post By....MAN LAKSA
1 comments:
Mana boleh dia letak jawatan? Dia lebih suka jadi lembu yang ditarik hidung oleh DAP.
Post a Comment